True story
Wednesday, 28 December 2011 | 00:17 | 0 comments
I'm sad right now. Why? Hmm because i'm alone at home. No family, no friends, no text, no call. Gheeshhh~ Bosannya. Memang sunyi bila tak ada orang yg sayang kita kan? :/ Harini pon cuma makan maggie je. Kay tak pe lah.
Now, i wanna share a story with you guys. It's about a girl named eiza and a boy named sharif.
During 2009, mereka ditakdirkan belajar di dalam sekolah dan kelas yang sama. Then, mereka pon mula berkawan. Pada penghujung tahun, tiba-tiba Sharif hantar text sweet kepada Eiza. Eiza pon melayan dengan beranggapan yg Sharif hanya bergurau. Ketika di dalam kelas Eiza curi-curi pandang Sharif. Begitu juga dengan Sharif. Beberapa hari kemudian, Eiza menyedari yg dia sudah jatuh hati kepada Sharif. Eiza ceritakan tentang perasaanya itu kepada sahabat baiknya. Pada suatu hari, Sharif berkata kepada Eiza yg dia suka seorang gadis di kelas hujung. Nama gadis itu ialah Aini. Selepas mendengar kata-kata Sharif, Eiza mula merasa sebak tapi ditahan air mata dari mengalir. Namun itu tak mematahkan semangat Eiza untuk bersama dengan Sharif. Mereka terus berkawan seperti biasa. Ketika musim cuti sekolah, Eiza dan Sharif berbalas sms hampir setiap hari.
Malangnya pada tahun 2010 mereka terpaksa berpisah disebabkan kelas yg berbeza. Setiap pagi sebaik sahaja tiba di sekolah, Eiza akan datang ke kelas Sharif. Mereka berbual dan ketawa bersama. Tiba waktu malam, Sharif sms Eiza. Sharif mintak couple dan Eiza terima. Eiza merasakan yg hari itu adalah hari yg paling bahagia dalam hidupnya. Akhirnya Eiza berjaya memiliki Sharif. Namun hubungan mereka tidak bertahan lama. Setiap kali bergaduh, mereka akan putus hubungan.Tanggal 19 April 2010, Sharif sekali lagi mintak couple dengan Eiza. Eiza terima namun memberikan satu syarat kepada Sharif. Dia meminta supaya Sharif serius dengan hubungan mereka. Sharif setuju. Hubungan mereka berjaya bertahan sehingga bulan yang pertama. Ketika hari anniversary mereka yg pertama, Sharif membuat kejutan untuk Eiza. Sharif menghadiahkan sebuah kotak yg mengandungi beberapa keping kertas yg ditulis dengan ayat-ayat yg sweet, gula-gula, bintang dan se-bar chocolate cadburry. Eiza menyimpan kotak itu dengan sebaiknya. Hubungan mereka dirasakan bahagia sehinggalah secara tiba-tiba Sharif berubah. Sharif mula rapat dengan Aini. Eiza tidak mengesyaki apa-apa until ada rakan-rakan Eiza memberitahu dia yg Sharif melayan Aini dengan keterlaluan. Keadaan itu membuatkan Eiza mula cemburu dengan Aini. Eiza dan Sharif mula bergaduh kerana Sharif menidakkan tuduhan rakan-rakan Eiza. Eiza berdiam diri dan mula memerhati gerak-geri Sharif. Akhirnya Eiza melihat sendiri kemesraan Sharif dan Aini. Hancur seluruh hatinya apabila ada seorang rakan Sharif memberitahu Eiza bahawa Sharif dan Aini sudah menjalinkan hubungan rahsia selama sebulan. Eiza berjumpa dengan Sharif dan memutuskan hubungan mereka. Namun Sharif memujuk dan memberikan berbagai-bagai alasan. Disebabkan perasaan sayang yg mendalam, Eiza menerima Sharif kembali dengan harapan Sharif akan berubah. Malangnya Sharif sekali lagi mengkhianati cinta Eiza. Eiza sudah mula terlalu kecewa. Eiza membenarkan Sharif meneruskan hubungannya dengan Aini. Eiza dan Aini pon mula berkongsi kasih Sharif. Namun begitu, Eiza tetap memberi pilihan kepada Sharif untuk memilih antara dia ataupun Aini. Tanpa disangka, Sharif tekad untuk memilih Eiza. Mereka meneruskan hubungan seperti sedia kala. Tetapi sekali lagi hubungan mereka di uji dengan kehadiran seorang gadis bernama Pina. Sharif memujuk Eiza dan meminta agar diberikan peluang yg terakhir. Eiza bersetuju. Sharif pon mula berubah menjadi semakin baik. Sharif menjaga dan melayan Eiza.
Hubungan mereka berkekalan sehingga tarikh 19 April 2011 iaitu hari ulangtahun mereka yg ke-setahun. Inilah saat-saat yg mereka tunggu. Selepas kelas tambahan tamat, Eiza duduk di kelas sambil menyiapkan kerja sekolah. Tiba-tiba Sharif masuk ke kelas dan berdiri di belakang kerusi Eiza. Sharif menghulurkan sejambak bunga yg terdapat sebuah bear di tengah-tengahnya. Eiza terkejut dan merasa tersentuh atas pemberian Sharif itu. Kemudian Sharif menghulurkan pula sebuah kotak yang bersaiz sederhana. Di dalam kotak itu terdapat seutas rantai dan chocolate. Sharif mengambil rantai itu dan memakaikannya di leher Eiza. Eiza toleh ke belakang dan menghadiahkan ciuman di pipi Sharif. Kemudian mereka duduk bersebelahan dan mula berbual. Jam sudah menunjukkan ke angka 5. Jadi, Sharif menghantar Eiza sehingga ke kereta.
Eiza sungguh bahagia dapat bersama dengan Sharif sehinggalah masuk ke bulan 9. Pada bulan itu, hubungan mereka bermasalah semula. Eiza nekad meninggalkan Sharif. Sehinggalah ke hari ini mereka hanyalah sekadar berkawan. TAMAT ~ :')
ForYourInformation, this is a true story. It really happen but i change the character name. Hehe. Benar kata orang, cinta tu banyak dugaannya. Dari cinta yg putus di tengah jalan tu lah aku belajar untuk jadi seorang yg kuat, tabah dan sabar. Ceywahh ayat~ Jiwang sungguh. Hewheww :3 Fortunately i have friends that always make me happy. Thanks Nurin, Niena, Atul, Ryn, Zue, Shiela.
Lots of love