Hhmm
Tuesday, 13 November 2012 | 05:28 | 0 comments
Assalamualaikum and yeahh hello peeps *waving* *fake smile*. Why fake smile? Cause apparently i'm kinda sad, no i'm really sad right now. I had a big fight with her just now *long sigh*. Puncanya apa? Eh sebok je nak tau hepp! Ha Ha just joke. Puncanya dari teguran and tweet aku hm. Ok cerita dia macam ni......
Tadi aku tengah tweet marah-marah sebab geram nampak orang flirt dengan Syirun. That time dia tukar bio dia camni "@EyinChance's sweetheart". Then dia tweet "dah tak reti-reti nak tukar bio ke? Suka mengaku diri tu jahat?" "Memang jahat pon kan. Kejap lagi lah tukar hm". Aku tengah tak ada mood kodd, memanglah tak ada idea nak tulis ayat sweet. So aku just tukar "@SyirunNazareth's cute cat lol". Dia marah and dia terus tukar balik bio jadi "@EyinChance's" je. Aku kata dekat dia "Tulis bio sweet tak ikhlas eh?" and "apalah salahnya sekali sekala tweet benda sweet pasal biy. Apalah salahnya sekali sekala tulis bio sweet hm". Dia tak boleh terima, dia marah aku. Seriously aku expect lebih dari dia. Aku just harapkan dia jadi lagi sweet sikit sebab aku nak rasa macam dia bangga dapat boyfriend macam aku ni. Dia jarang weh tweet pasal aku, seriously jarang. Sebabtu aku kata gitu. Then aku tweet la "i've giving too much. Expect more than this" "Why can't i be happy like the others?". Honestly aku tak happy dengan life aku. Too much pressure. Aku baru je hilang 2 bestfriend and besties aku pulak senyap je. Family aku punya pressure tak payah cerita lah kan. Memang madah hari-hari buat aku stress. Dengan Syirun lagi hari-hari nak angin tak tentu pasal. Ya Allah stress gila ! Aku just mintak dia tweet sweet pasal aku and tulis dekat bio benda yang sweet, salah ke? Dia girlfriend aku, so salah ke aku mintak camtu dekat gf sendiri? Benda tu je yang boleh buat aku happy. Tapi entah kenapa dia terus melenting and kata aku tak happy dengan dia blablabla. Aku bukannya tak happy dengan dia, tapi aku tak happy dengan life aku!
Kenapa eh sekarang dia hari-hari nak angin, marah aku gila-gila sebab benda kecik? Orang kata "marah tanda sayang. Tapi if marah hari-hari maknanya dah tak sayang". Betul ke? Aku asyik fikir je pasal ayat ni. Aku takut....takut perasaan dia dah tak sama macam dulu :'(
Hm actually makin lama aku makin cermin diri sendiri. Entah kenapa aku rasa macam aku tak layak untuk dia. Aku ni bukannya good looking. Aku ni ugly, gemuk, pendek, kulit sawo matang sedangkan dia tu? She's a pretty girl. Kenkadang aku rasa macam dia malu dapat boyfriend macam aku ni, seriously. Aku nak dia tunjuk yang dia bangga dapat aku, tu je. Aku tak mintak pape, infact tak pernah mintak pape pon dari dia. Aku just harapkan dia faham apa yang aku rasa, faham hint yang aku bagi dekat dia.
Aku sayang dia sangat-sangat and aku hargai apa yang dia dah buat untuk aku selama ni. Pengorbanan dia dekat aku terlalu banyak. Sampai mati pon aku akan ingat sacrifices dia tu. Aku sedar layanan dia dekat aku terlalu baik nak dibandingkan dengan ex dia. Walaupun aku tak pernah nampak depan mata aku cara dia layan ex, tapi dari cerita-cerita dia aku dah boleh bayangkan. Hm maybe betul apa dia cakap. Aku ni tamak. Aku tak patot mintak or mengharapkan lebih dari apa yang dia dah bagi sekarang. Aku silap... Apa yang aku buat ni seolah-olah membuatkan aku nampak macam tak hargai dia. Allah je tau apa yang aku rasa terhadap dia, Allah je tau samada aku hargai dia ke tak. If aku buktikan pon dia takkan percaya. Dia couple first aku yang buat aku macamni, buat aku jatuh cinta gila-gila. Sampaikan aku sanggup pilih dia berbanding bestfriend sendiri. Aku bodoh sebab buat pengorbanan camtu, aku sedar. Tapi aku terlalu sayangkan dia! Aku terfikir..dia nampak ke tak pengorbanan aku selama ni? Dia sedar ke tak betapa sayangnya aku dekat dia? Dia nampak ke tak betapa bermaknanya dia dalam hidup aku?
Aku banyak kali hurt sebab kata-kata dia, perbuatan dia, attitude dia tapi aku selalu pendam. Sebab sayang dia lah aku pendam sendiri rasa sakit tu. Seboleh-boleh aku nak jaga hati dia and nak jaga emosi dia. Dia marah aku sebab benda tak munasabah pon aku sabar, aku mintak maaf banyak kali, aku pujuk dia. Selalu sangat dia bagi ayat yang buat aku sentap. Bila aku ulang ayat tu, dia kata dia tak maksudkan pon and dia cakap camtu tanpa sedar sebab tengah marah. Ok aku sabar lagi walaupun sebenarnya kata-kata dia bunuh aku dari dalam. Dia buat aku rasa macam aku boyfriend paling teruk sampaikan aku tulis dekat bio "@SyirunNazareth's bad boyfriend". Seriously if nak dibandingkan dengan ex aku, dia dapat layanan yang paling baik dari aku and dengan dia je yang aku sabar tahap maksimum. Ex aku dulu siap pernah kena tumbuk 2 kali and kena maki depan-depan, aku hari-hari marah ex aku. Even ada sorang ex aku yang aku layan macam sampah. Tanya ahh Syirun. Pernah ke aku maki dia? Pernah ke aku pukul dia? Pernah ke aku tengking dia gila-gila? Tak pernah weh. Teruk camne pon kitorang gaduh, aku tak pernah buat semua tu dekat dia. Ok aku pon tak tau apa function aku tulis pasal ni. Ahh gasak! Cerita dia sekarang ni aku nak luahkan apa yang ada dalam kepala otak aku. Hm. That's it. I'm done.