Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
Friday, 1 February 2013 | 06:34 | 0 comments
Aku dah fedup dengan semua ni. Sumpah dah fedup. Aku penat pendam perasaan, penat bersabar, penat pura-pura tak kisah tapi sebenarnya hati sakit, penat kena cemuh dengan orang-orang yang hanya dengar cerita sebelah pihak sahaja, penat nak layan orang yg suka judge hal relationship aku. AKU PENAT !!!!
Aku tak faham. Kenapa semua benda yang aku buat, semua yang aku cakap jadi satu kesalahan pada dia. Semunya nampak menyakitkan hati/annoying. Tak kira lah betapa teruknya dia layan aku, buat aku sedih or sakit hati, aku seolah-olah tak layak nak merajuk/sentap/sedih/nangis. Aku ni nampak macam patung yang tak ada perasaan ke? Before this hari-hari dia marah aku sebab benda yg paling bodo dalam dunia and salah satunya is reply lambat. Dia maki aku and marah aku teruk just sebab aku reply lambat. Sometimes aku tak buat salah pon tapi aleh-aleh dia terus tuduh/attack aku. Kenapa tak ada orang nak kata dia tak appreciate aku that time? Bila aku cerita dekat orang, orang just suruh aku sabar sebab dia girlfriend aku. Bila dia cerita dekat orang aku marah sebab orang ke-3, orang kata aku tak appreciate dia. Apa ni? World seems so unfair nowadays. Is it just because i hold the "boyfriend" title or memang dunia makin kejam?
Aku try nak ada untuk dia selama ni. Bila dia sedih, aku suruh dia share and cerita everything. Tapi dia ignore aku. Maybe dia perlu space. Ok fine aku biarkan dulu dengan bagi ayat "if you need me, just whatsapp ok. I'll always be there for you". Dia tak reply. Ok aku biarkan. Then suddenly dia marah-marah aku sebab tak reply unmention dia. Selama ni aku selalu unmention dia, dia just RT and fav je. Jarang gila reply. Nak reply sweet-sweet? Lagilah jarang. Siap malukan lagi adalah. Aku try nak jadi sweet dengan reply tweet dia with gambar aku buat bentuk love khas untuk dia tapi dia reply "waddehel v.v". Aku tak ada pon marah-marah dia or hukum dia. Tapi dia hukum aku seolah-olah benda tu dia tak pernah buat. And part paling sentap bila dia kata aku ni macam tak pernah ada untuk dia. You know what, usually boyfriend yang jarang gila tweet pasal girlfriend dia atas alasan tak nak nampak macam "jiwang karat". Tapi ni dah terbalik pulak.
Selama ni aku layan dia baik, aku sabar hari-hari kena marah and kena maki teruk-teruk, aku diamkan je bila aku sakit hati. Aku tak ada canang cerita buruk pasal dia dekat kawan-kawan aku. Even bila kawan aku suruh share pon aku just kata "tak ada pape". But since kes masa anny ke-7 bulan tu, honestly perasaan aku dekat dia dah lain. Bila getback aku tak rasa pape pasal dia. Masa anny ke-8 pon aku tak excited macam dulu. Aku still tengah nak heal diri sendiri. But dia dah lain weh. Sumpah aku rasa makin lama macam dia malu nak mengaku aku ni boyfriend dia. Dia dah tak sayang aku and jadikan aku priority dia macam dulu. Aku tak rasa kasih sayang. Yang aku rasa sekarang cuma aku ni dijadikan tempat dia lepaskan perasaan. Dia layan aku guna emosi, bukan guna kasih sayang. Dekat whatsapp dia layan aku agak dingin, marah-marah aku, cari slack aku. Tapi dekat twitter dia layan orang lain mesra. Dia dah tak pernah pegang tangan aku lagi in public. Aku boleh terima lagi sebab fikir dia takut orang pandang serong dekat dia. But bila aku pegang tangan dia dekat bawah meja pon dia terus tarik and kata "esh public ahh", apa tu? And dia dah tak jarang yang tersangat jarang tweet pasal aku. Tweet sweet-sweet pasal aku lagilah jarang. If dia tweet pasal aku pon dia just sebut nama aku. Dulu dia guna "sayang". Dulu dia seboleh-boleh nak pakai twitcon sama, letak display name sama, tulis bio sesweet yang boleh. Now letak twithandle aku pon dah tak. Aku tak bodoh weh. Aku 24/7 dengan dia. Aku yang rasa layanan dia. Aku tau dia malu dapat aku. Aku ni siapa je pada dia? Tak penting. Dah la tak ada rupa. Aku still tengah nak heal diri and hati aku but bila lalui semua benda ni, aku makin lost. Aku dah tak tau apa lagi yang kurang, apa lagi yang patot aku buat. Bukannya aku tak try berubah untuk dia. Tapi berubah or tak berubah sama je sebab pada dia apa aku buat semua salah. Semua aku cakap dia nak beta. Salah dia ke salah aku ke, endingnya aku yang kena blame just sebab dia nangis. Perasaan dia je yang layak dijaga. Perasaan aku cuma layak campak ke tong sampah. Nobody cares bout my feeling. Dia je layak sentap, sedih, marah, maki, nangis, jealous, kecik hati, sakit hati. Aku tak layak wehh tak layak. Maybe dekat mata dia and kawan-kawan dia, aku ni cuma sampah or bullshit. Aku dah tak kuat ahh nak hadapi semua ni. Peduli lah. Apa nak jadi, jadi lah. Apa orang nak kata pasal aku, katalah. Apa yang dia nak burukkan aku dekat twitter, lantak dia lah. Aku nak pekak and butakan diri je. Pretending to not give a fuck but hurt deeply inside. HaHa pathetic. Kadang rasa macam syok sendiri pulak. Aku je yg always fikir pasal dia, tweet pasal dia, gegedik depan bestfriend aku kata aku rindu dia. Hahahahahaha :'( Ya Allah, aku ni tak layak ke untuk bahagia?

Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody