Today
Thursday, 21 March 2013 | 05:54 | 0 comments
Assalamualaikum everyone :D Saje letak smiley macam tu sebab aku tengah happy actually ni. Sebab apa happy? Eh ada lah sebabnya hehe sebok je nak tau ! Belasah kang -.- Eh eh aku gurau je. Chill, turunkan parang tu.Alhamdulillah syukur pada Allah akhirnya aku dah berjaya lupakan dia. Perasaan aku dekat dia pon dah hilang. And aku dah deactivate twitter since petang Isnin lepas. Ramai jugaklah yang tanya aku block diorang ke lol aku malas nak explain banyak kali. Baca je lah post ni then korang akan tau kenapa. K cerita dia macam ni....
Pagi tu aku, aten, joe and ainur duduk sebaris dalam dewan sebab ada perhimpunan. Entah macam mana aku terbukak cerita pasal dia pulak. Aten terus bagi advice and say something yang buatkan aku betul-betul tersedar. Masa aten cakap tu otak aku berfikir. Betul apa yang aten kata. Aku je yang terhegeh care pasal dia apa semua tapi dia buat dunk je pasal aku. Dia sibuk layan orang lain, langsung tak kisah pasal aku. So buat apa aku nak fikir pasal dia lagi kan? Buang masa. Selagi aku statik tak move on and tak berganjak dari position aku yang sekarang, memang sampai bila-bila lah aku akan confuse dengan perasaan sendiri. Sekejap sayang jealous, sekejap benci marah dendam. Payah lah macamtu kan. Memang aku sakitkan hati sendiri lah maknanya. Aten ada cakap dulu time dengan ex dia pon dia block ex dia dekat myspace and deactivate myspace semata nak lupakan ex lepas hati dia hancur. Last-last aku decide nak nekad gila lupakan dia and buang perasaan sayang tu. Aku bet dengan aten nak deactivate twitter seminggu. If aku langgar bet tu aku kena kasi aten rm10. Petang tu aku balik rumah tweet 2 kali say thanks untuk aten then terus deactivate. Kebetulan whatsapp buat hal. 2 hari tak boleh bukak. So makin senang lah aku nak achieve goal. Tak adalah aku gatal tangan nak bukak whatsapp tengok last seen dia ke pe. Allah nak tolong aku. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur pada mu.
Now aku more to fb and skype. If ada pape, inbox or message skype je lah ye? InsyaAllah next week aku activate balik but tak sure for how long. Lagi selesa tak on twitter.
Oh ya tadi petang aku pergi MAWAR jumpa Aan. Date dengan laki aku ni haa rindu tau tak hahahaha buuuuuuuu to the O. Tengah lepak tu aku open cerita pasal someone ni then suddenly An kata "haa tu dia panjang umur tetiba muncul". Dia pon turun MAWAR jugak rupanya. Ceh semalam kawan dia kata busy. Aku toleh tapi tak nampak muka dia sebab jalan laju sangat and terlindung dengan badan sape entah. Dia duduk dekat tempat lain. An pergi dekat dia and datang balik dekat meja kitorang. An kata dia suruh pergi sana tapi An cakap dekat dia "eh kau dia dah datang jejauh dari Tasek kau lah pergi meja sana" lol so aku stay je ahh bebual dengan An and layan cerita Yes or No dekat phone An. Tetiba dia lalu sebab nak balik sekolah semula. Aku tak perasan sampai lah An tegur. Aku pusing belakang. Dia senyum and lambai dekat aku. Aku senyum balik and angkat tangan. Dia dengan kawan dia lari sebab apa entah. Aku perhatikan je then gelakkan diorang. Aku cakap dekat An, dia comel. An dah kacau-kacau aku haha siod. Kacau crush kau kang ! :P Pukul 4 aku call cab. Tunggu punya tunggu cab tak sampai. Tengok jam dah nak pukul 4.30. Aku dah cuak gila. Cab pon tak ada lalu area situ pehh gegel jap. Kitorang jalan sampai dekat busstop Seta. Terjumpa Dania, girlfriend Fyp. K tu first time FaceToFace with Dania. Dia senyum and tegur "Eyin eh?". Aku senyum balik "a'ah". Dia bebual dengan An. Aku pasang telinga je ahh tangkap sikit-sikit apa diorang bualkan. Nak mencelah macam tak syok pulak. Jam dah pukul 4.30 tapi cab still tak dapat. Sumpah cuak gila ! Then ada cab lalu. Dapat tahan tapi at first pakcik tu tak nak hantar. Aku merayu. Dia kasi naik. Patotnya kena hantar An naik Seta tapi dah tak sempat weh. Dia terpaksa jalan kaki naik sendiri hm serious rasa bersalah gila. Rasa macam aku ni selfish gila. Nak buat camne ann aku dah kena rushing balik Tasek sebab ayah dah sampai. Hm i'm not a good friend. Sorry kawan :'( Sampai Tasek aku dengan Luqman berlari naik dewan amik beg then terus masuk kereta. Sepanjang dalam cab dah fikir dulu alasan tapi masuk kereta ayah tak tanya pape langsung. Fuhh nasib baik ! Lega sehh.
That's all for today. Adios.