Short story 2. Only God knows
Wednesday, 29 May 2013 | 07:47 | 0 comments
Suasana redup dan suara kanak-kanak ketawa keriangan jelas kedengaran. Namun itu semua tidak dapat memecah kesunyian di antara aku dengan dia.Aku terlihat airmata si dia mengalir laju di pipi. Aku cuba untuk mengusap airmatanya namun tanganku ditepis dengan kasar. Aku cepat-cepat menggenggam tangannya dengan kuat sambil berkata, "Babe please, look at me. Listen first. Please, i beg you" "What?! What else you wanna say now? You dah tak peduli pasal i kan?!" "No, that's not what i meant. Listen k. I want you to promise me one last thing. Janji dengan i, you takkan nangis lagi lepasni. Sebab...sebab i dah tak ada nak lap airmata you. Fami..Fami dah melamar you untuk jadi kekasih dia kan? I yakin dia boleh jaga you dengan baik. Hargai dia k? I'll pray for your happiness" "Dia tak akan dapat jaga i dengan baik macam you. You seorang je ex i yang jaga i, perhatikan i dari jauh. Mana ada ex i lain pernah buat macamtu. I tak akan happy dengan dia. You dah janji tak kan tinggalkan i kan? You janji akan jaga i dari jauh. Tapi apa ni? Janji you akan tetap ada untuk i, janji !". Aku menarik pinggangnya merapati tubuhku seraya memeluknya dengan erat. "Jangan cakap macamtu please. I tau Fami boleh jaga you". Aku menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara, "I tarik balik semua janji i". Esakan tangisan dia semakin kuat. Hanya Allah sahaja yang tau apa yang hati aku rasa ketika mengucapkan kata-kata itu kepada si dia. Aku sedaya upaya mencuba menahan airmata aku dari jatuh. Aku melepaskan pelukan dan berjalan meninggalkan si dia yang sudah jatuh terduduk di atas rumput taman rekreasi itu. Hati aku meronta-ronta agar aku berpusing balik dan memeluknya namun ego aku menahan tubuh badanku daripada berbuat demikian. Aku mengeluarkan kunci kereta dari dalam poket seluarku. Aku masuk ke dalam kereta dan menghenyakkan badan ke kerusi pemandu. Saat itu aku sudah tidak dapat mengawal emosiku. Aku menghentak kepala ku dengan kuat ke stereng kereta dan meraung sekuat hati. Tangisanku sudah tidak dapat dikawal.
Secara tiba-tiba pintu kereta ku dibuka. Si dia melutut di tepi pintu keretaku sambil menangis dan merayu agar aku kembali ke sisinya. Aku terpinga-pinga dengan tindakannya itu, "You, jangan macamni. I... I tak boleh terima you balik. Lepas apa yang you dah buat dekat i sebelum ni... I memang tak boleh.. Pergilah dekat Fami. Dia tunggu jawapan dari you kan. Sudahlah, baliklah Syani" "Hati you dah tertutup ke untuk i?". Aku terdiam. Lidah ingin berkata Ya tapi hatiku menidakkan pernyataan itu. Aku mengusap pipi dia dengan lembut, "Baliklah. Please.. I got to go now". Dia berdiri kembali. Aku segera menutup pintu keretaku dan meluncur keluar dari tempat letak kereta.
Aku melihat si dia dari cermin sisi kereta. Aku dapat lihat dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya dan aku yakin dia masih lagi menangis walaupun aku tidak dapat dengar tangisannya itu. "Syani.. maafkan aku sebab merahsiakan penyakit kanser tahap empat ini daripada kau. Allah je tau betapa sayangnya aku dekat kau Syani. Allah je tau betapa sakitnya hati aku bila kau buang aku dari hidup kau 2 minggu yang lalu. Allah je yang tau betapa aku rindukan kau, dambakan kau untuk kembali dalam hidup aku tapi aku tau semua tu sia-sia. Aku tak mahu disakiti lagi dan aku yakin ada orang yang lebih layak untuk kau. Harap kau hidup bahagia tanpa aku. Tapi aku...aku akan setia dengan kau sampai nafas terakhir aku sebab tak ada siapa akan mampu ganti tempat kau dalam hati aku. Aku yakin itu", aku membiarkan airmata aku mengalir laju membasahi kolar bajuku.






