Short story
Saturday, 11 May 2013 | 00:37 | 0 comments
Kisah di bawah ini ialah kisah yg ditukarkan jadi cerita ringkas. Bahasa Manglish okay sebab ni bukannya pertandingan. Samada ianya kisah benar ataupun tidak, ianya tidak penting. Watak di dalam cerpen ini ialah bukan nama sebenar."Sayang... dukung !" "Alolo mehh sini. Naik belakang cepat". Si dia berpaut di belakang badanku dan aku mendukung dia beberapa langkah kemudian berhenti. "Sayang berat lah. I tak larat hahaha", aku berkata kepada si dia. Si dia membalas "Alaa. Ok I nak try dukung you pulak" "Esh tak nak lah! I beratlah. You tak larat nanti" "Ala naik je lah". Kami bertukar posisi. Dia mendukung aku dan seperti yang dijangka dia hanya mampu bertahan sekejap sahaja. Kami ketawa bersama sambil menahan kepenatan....
Tiba-tiba bahu aku ditepuk oleh Azi, rakan karibku. Aku baru menyedari bahawa aku telah menggelamun ketika Azi sedang bercakap dengan ku. Nama aku Oreo dan ya, aku telah menggelamun dan teringat kembali kisah percintaan antara aku dengan Syaza. 10 bulan bukanlah satu tempoh yang singkat untuk hubungan antara aku dan Syaza. Suka duka, pahit manis semuanya kami lalui bersama. Namun semuanya telah berakhir sebulan yang lalu iaitu genap 10 bulan perhubungan kami. Azi kelihatan risau melihat riak wajah aku yang sugul. Dia bertanya kepada aku, "Oreo, kau okay? Aku bercakap dengan kau tadi tapi kau termenung je tanpa cakap apa-apa" "Eh aku okay lah. Maaf Azi. Aku tak sedar aku dah menggelamun masa kau bercakap tadi" "Hm tak mengapa. Aku faham. Aku nak pergi kantin sekejap." "Ok pergilah". Azi melangkah keluar dari kelas dan aku sendirian di tempat duduk ku. Aku menyeluk poket baju ku dan mengeluarkan dompet. Aku buka dompet tu dan benda pertama aku lihat ialah gambar si dia. Aku keluarkan gambar itu dan merenungnya.
Aku menolak pintu bilik secara lembut. Syaza menoleh ke arahku dan tersenyum. Aku berkata kepada Syaza, "Sayang buat apa ni?" "Main game" "Wah macam best je. I nak main jugak" "Welkkk tak boleh!". Dia menjelirkan lidah kepada aku. Aku membuat memek muka sedih dan merajuk namun dia tidak mempedulikan aku kerana sibuk bermain permainan di iPhone kepunyaan kakak aku. Tiba-tiba akal nakal ku memberi idea. Aku merangkak ke arah dia di atas katil dan memeluk dia dari belakang. "Sayang..." "Sayang janganlah kacau. I tengah main game ni". Dia cuba mengawal konsentrasi terhadap game itu namun aku berbisik sekali lagi di telinga dia, "Sayang... i love you" dan mengucup leher Syaza. Dia menghentikan permainan dan meletakkan iPhone di atas bantal. Syaza menoleh ke arah ku, "Biy saje je kan nak goda i". Aku ketawa dan membalas "A'ah. Dahtu you sibuk main game". Syaza memusingkan badan dan duduk menghadap aku. Tangan aku masih di pinggang dia. Aku tenung ke dalam matanya sambil tangan kanan aku membelai pipi dia. Kemudian kami berkucupan. Aku elus rambut Syaza yang panjang mengurai ke belakang telinga, aku senyum kepadanya dan berkata "I want you to know that i really loves you, baby. I sayang you sangat-sangat and i takkan tinggalkan you. Okay?" "I love you even more biy. Ok, i pegang kata-kata you. I pon takkan tinggalkan you".
Gambar Syaza yang aku pegang terlepas dari tangan. Aku cepat-cepat tersedar dan mengusap muka. "Astaghfirullahalazim. Aku termenung lagi sekali. Ya Allah, kuatkan lah aku". Aku mengutip gambar itu dari atas lantai dan menyimpannya kembali di dalam dompet. Aku sedar yang aku masih lagi dihantui memori kami namun aku kuatkan diri sendiri untuk terus melangkah menjalani hidup seperti biasa dengan bantuan rakan-rakan karibku. Syaza telah berubah dan bahagia dengan hidup barunya bersama orang lain namun aku masih di sini mengenangkan kisah-kisah lama. Airmata aku mengalir panas di pipi. Aku segera mengeluarkan sapu tangan dan lap air jernih itu. Aku terdengar ketukan di pintu kelas lalu menoleh. Azi berjalan masuk ke arah ku bersama rakan-rakan ku yang lain. Kami duduk di dalam kumpulan dan aku bergelak ketawa bersama mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hanya aku dan Allah sahaja mengetahui kejadian sebentar tadi.
Hahaha habis dah. Sorry lah kalau merepek or menggelikan or whatsoever. Pishang sebenarnya ni. Thanks for reading ! ;)