Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
Siapa aku
Friday, 30 August 2013 | 05:08 | 0 comments

Ini aku. 
Tiada siapa dapat mengubah fitrah semula jadi aku. Paksalah aku, herdiklah aku, nasihatlah aku tetapi aku tetap aku. Berjiwa kental tetapi berhati lembut. Luaran kasar namun dalaman rapuh. Aku membesar bersama fitrah yang berbeza daripada manusia normal. Aku berlawanan dengan apa yang Allah sudah tetapkan. Adam dengan Hawa dan begitu juga sebaliknya. Namun aku tersimpang jauh dari ketetapan itu. Hawa dan Hawa. Pasti ada antara manusia yang terfikir bagaimana orang seperti aku boleh punya rasa terhadap kaum sendiri. Ya, pelik bukan? Aku sendiri tiada penjelasannya. Moga-moga aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan bertaubat kepada-Nya. Moga-moga akan ada tangisan keinsafan yang mengalir akibat mengenang kembali dosa-dosaku kepada Yang Maha Besar itu. Aku malu dengan Allah. Aku rasa seperti aku tidak layak untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadi aku tidak menyentuh sejadah mahupun telekung. Al-Quran? Jauh sekali Kalamullah itu dari jiwa aku walaupun pada hakikatnya ianya terlalu dekat dengan aku. Aku insan kerdil, aku sering melanggar perintah Allah namun aku masih ada kesempatan untuk mendekatkan diriku kepada-Nya setiap kali aku menghembuskan nafas namun aku sombong dan bongkak. Aku enggan untuk tunduk menyembah kepada-Nya. Aku silap. Ini semua angkara syaitan ! Juga angkara ego yang membelenggu diri. Berilah aku kesempatan untuk merasa hidayah mu Ya Allah. Sesungguhnya aku hanyalah hamba mu yang lemah lagi hina. Berilah aku petunjuk untuk menyinari jalan hidup ku.
Jika diberi peluang untuk kembali ke 1 Januari 2013, aku akan manfaatkan kesempatan itu sepenuhnya. Terlalu perit rasa sakit yang aku lalui, terlalu banyak kenangan pahit yang aku perolehi, terlalu banyak pengajaran yang aku pelajari tahun ini. Bak kata orang, pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang. Benar, aku setuju dengan pernyataan ini. Banyak yang aku belajar tentang erti kawan. Allah Maha Besar. Dia tunjukkan aku taring sebenar orang yang aku sangkakan dia baik selama ni. Sekali lagi aku silap menilai orang. Terima kasih Ya Allah atas kebenaran ini.
Adakah salah sekiranya aku setia dengan rasa cinta ku ini? Apakah jalan penyelesaian terbaik untuk meleraikan perasaan ini? Cinta aku pada dia masih terpahat dihati. Walaupun pahit untuk disimpan, aku tetap memilih untuk menikmatnya dengan penuh keihlasan. Sakit, sungguh sakit. Usah ditanya mengapa aku masih setia kerana aku tidak mampu untuk memberikan apa-apa penjelasan. Rasa sakit itu aku simpan seorang diri. Setiap hari aku bangun dari tidur panjangku, berpura-pura bagaikan tiada apa yang berlaku. Tanyalah aku satu soalan keramat ini, kau akan lihat airmata aku mengalir tanpa dipaksa, tanpa ditahan. Apa soalannya? Biarlah ianya menjadi satu tanda tanya kepada semua. Lihat aku dari satu perspektif yang berbeza dan kau akan dapat lihat siapa aku yang sebenarnya. Yang dilaman sosial itu hanyalah luaranku. Dalamanku hanya boleh dilihat dengan mata hati. 
Mencintaimu itu satu kesilapan yang besar namun aku rela terus-terusan melakukan kesilapan itu tanpa jemu.


Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody