Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
FinMaira #1
Saturday, 28 September 2013 | 22:52 | 0 comments
Fin mendongak melihat ke langit. Terdetik di hatinya "eh hari nak hujan. Awan dah mendung. Better aku gerak sekarang." Fin menyeluk poket seluarnya lalu mencapai kunci motosikal berkuasa tingginya Ninja 250. Pasti ada yang tertanya-tanya siapa diri Fin yang sebenarnya. Di pihak Adam kah ataupun Hawa? Jika dilihat sekali imbas, rupa Fin mirip penyanyi hollywood terkenal iaitu Austin Mahone. Fin memang memiliki wajah yang kacak. Berbekalkan tubuh straight-cut dan gaya yang swag, ramai yang tergila-gilakan Fin. Fin dilahirkan di dalam keluarga yang serba mewah. Biarpun ibu bapanya sering ke luar negara, Fin dijaga dengan baik oleh orang gajinya, Mak Salmah. Fin diberikan kad kredit dan semua kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya sebagai menutup rasa bersalah mereka kerana tiada di sisi Fin. Kerana kekayaannya, ada sahaja perempuan pisau cukur yang cuba mendekatinya. Namun Fin bijak. Dia tidak mudah percayakan orang dan tidak mudah jatuh hati. Biarpun memiliki pakej yang lengkap sebagai "jejaka" idaman Malaya, hati Fin keras. Hidupnya dikelilingi ramai perempuan cantik tapi tak seorang pon berjaya mencuri perhatiannya.
Bunyi brek motosikalnya memecahkan kesunyian tempat letak kenderaan di City Square. Fin turun dari motosikalnya dan berjalan masuk ke pusat membeli belah itu. Di kiri kanannya kelihatan manusia-manusia sakai yang memakai topi kecut, seluar bowcut dan cermin mata hitam berbingkai warna-warni. Meluat Fin dibuatnya. Dia melangkah ke Starbucks untuk memesan minuman kegemarannya, Chocolate Cream Chip. Sesudah membayar harga minuman, Fin memalingkan badannya ke belakang dan secara tidak sengaja melanggar seorang perempuan. Minuman Caramel di tangan perempuan itu jatuh ke lantai. Fin berulang kali memohon maaf. Fin bertegas ingin menggantikan minumannya namun perempuan itu menolak. Fin tidak peduli. Dia segera memesan minuman yang sama untuk diberikan kepada perempuan itu. Perempuan itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia bersetuju untuk duduk bersama Fin apabila Fin mempelawanya.
"Maira. Sazween Maira", perempuan itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat. Fin menyambut tangan Maira, "Mm Fin. Sorry saya tak sengaja terlanggar awak tadi. Kesian awak. Nasib baik air tu tak tumpah atas baju or kasut awak". Maira membalas "Its okay. Saya tau awak tak sengaja. Saya tak nak awak ganti air tu tapi awak order jugak. Degil jugak awak ni eh". Fin tergelak, "Memang itu sifat saya. Sampaikan Mak Salmah pening kepala layan saya". "Mak Salmah? Siapa tu?", Maira kelihatan agak bingung. "Itu orang gaji saya tapi saya dah anggap dia macam ibu saya sendiri", kata Fin. Maira menyedut minumannya beberapa kali sebelum membalas kata-kata Fin. Mereka galak berbual sehingga tidak menyedari betapa pantasnya masa berlalu. Tiba-tiba telefon bimbit Maira berbunyi. Maira menyambut panggilan itu. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya, "eh dah pukul 6.30. Maaf ye Fin. Saya terpaksa pergi dulu. Saya dah janji dengan Mama saya nak teman dia ke spa pukul 8 malam nanti. Lain kali kita jumpa lagi ye". Entah mengapa hati Fin merasa berat apabila Maira ingin mengundurkan diri namun Fin hanya mampu tersenyum dan merelakan pemergian Maira. "Number phone dia ! Ya Allah aku lupa !", Fin menepuk dahinya dan segera bangun dari tempat duduk untuk mengejar Maira. Fin menarik lengan Maira dari belakang, "Awak ! Sorry saya lupa tadi. Mm boleh saya minta number phone awak?". Maira meminta telefon bimbit Fin. Maira kelihatan seperti menekan sesuatu di screen dan secara tiba-tiba telefon bimbit Maira berbunyi. Maira tersenyum manja, "call me when you're free" lalu berlalu pergi. Fin berjalan keluar dari City Square dengan hati yang berbunga-bunga.
Sejak pertemuan dengan Maira tempoh hari, Fin menjadi semakin rapat dengan Maira. Setiap hari Fin kelihatan ceria. Mungkin bibit-bibit cinta mula terbit dalam dirinya. Selepas dua bulan perkenalan mereka, Fin membuat keputusan untuk berhubungan lebih serious dengan Maira.
Mereka duduk di tepi laut beralaskan tikar dan berbekalkan pemandangan bandaraya pada waktu malam serta langit yang dipenuhi bintang. "Awak, saya dah terlebih kenyang ni hahaha awak sengaja nak buat saya jadi gemuk eh?", Maira mencubit lengan Fin dengan manja. Fin ketawa dan baring di atas peha Maira. Maira mengusap rambut Fin. Fin mendongakkan kepalanya memandang Maira, "Maira.. Saya nak cakap sesuatu ni." "Okay. Apa dia?". Fin bangun lalu melutut di hadapan Maira. Fin mencapai tangan Maira dan memegangnya dengan erat. "I know it is too early for you, for us to move into the next level but i've made my decision. I want you to be mine. I want to take care of you, protect you and own your heart. I fell in love with you since the day we bumped into each other at the Starbucks. You fill each day of my life with sweet memories. Other girls struggling to reach for my attention before but you... You didn't do anything yet i fell into a deep hole of love. Funny shit but it's true. So Nur Sazween Maira, would you be the love of my life and complete me in all side?", Fin mengeluarkan sebuah kotak yang berisi rantai berloketkan bintang. Airmata Maira mengalir membasahi pipinya. Maira menganggukkan kepalanya dan membalas kata-kata Fin, "Saya ingatkan saya hanya bertepuk sebelah tangan selama ni." Fin mengusap airmata Maira, "No you're not". "You know what Fin. I'm a bit shock right now. I can't believe you just propose me to be yours haha thank you so much Fin. Kita dah 2 bulan kenal and dah macam-macam jenis perempuan jugaklah yang tegur awak masa kita keluar bersama tapi awak cuma senyum je. Sometimes it makes me wonder, what kind of girl are able to steal your heart and did i belong to your type of girl? Cause i had been loved you since our first meet. It turns out we love each other since then.". Fin mengucup dahi Maira dan memakaikan rantai itu di leher Maira. Maira membelek loket bintang itu. Di belakang loket itu terdapat tarikh pertemuan pertama mereka. Fin baring di atas tikar dan Maira baring berbantalkan lengan Fin. Fin mengelus rambut Maira. Mereka bertentangan mata tanpa berkata apa-apa seolah-olah dunia telah berhenti berputar saat itu.

Bersambung........

Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody