FinMaira #3
Tuesday, 1 October 2013 | 07:13 | 0 comments
Fin menghirup secawan Latte panas yang dipesannya sebentar tadi. Raut wajahnya tampak kelat. Tekanan dari pejabat akibat dimarahi oleh pengurus projek membuatkan Fin membawa diri ke sebuah cafe yang terletak di Kotaraya. Telefon bimbitnya beberapa kali bergegar namun Fin tidak mengendahkan sebarang panggilan. Dia melihat ke arah luar cafe. Orang ramai kelihatan lalu lalang di dalam pusat membeli belah itu dan satu pasangan manusia telah menarik perhatian Fin. Dari jauh Fin dapat melihat lelaki itu merangkul pinggang wanita yang jalan seiringan dengannya. "Maira?", nama itu terdetik di fikiran Fin. Dari pandangan mata Fin, pasangan itu kelihatan mesra sekali.Maira menekan butang telekom di ruang pejabatnya, "Muni, saya nak keluar sekejap. Ada meeting dengan Encik Ramzi". "Baiklah Cik Maira", sahut pembantu peribadinya. Maira mencapai kunci kereta Mini Cooper nya yang dihadiahkan oleh Datin Anita beberapa tahun yang lalu dan menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh Encik Ramzi untuk berbincang mengenai projek terbaru syarikat mereka. Kehadiran Maira disambut dengan senyuman nakal Ramzi namun Maira tidak mengendahkannya atas dasar professional. Mereka memulakan perbincangan dan makan tengah hari bersama atas desakan tanpa henti Ramzi. Maira tidak mampu untuk menolak kerana ingin menjaga hati lelaki itu. Selepas perbincangan mereka tamat, Maira memohon untuk mengundurkan diri dan pulang ke pejabat dengan segera. "Biar I hantar you ke kereta" "Eh tak apalah Encik Ramzi. Buat susah je. I boleh jalan sendiri" "Tak apa. I hantar you k". Ramzi tetap tidak mahu berputus asa. Akhirnya Maira terpaksa membiarkan sahaja. Mereka berjalan keluar dari restoran itu dan secara tiba-tiba tangan Ramzi merangkul pinggang Maira dengan kuat. "Eh apa ni Encik Ramzi. Janganlah macamni. Please lepaskan i. Tak elok orang ramai tengok", Maira mencuba untuk melepaskan rangkulan Ramzi namun kudrat wanitanya tidak mampu untuk melawan lelaki itu. Tanpa disedari Maira, ada sepasang mata yang sedang merenung ke arahnya dari dalam sebuah cafe yang di laluinya ketika menuju keluar ke tempat letak kereta.
Kepulangan Maira ke apartment petang itu disambut dengan kehadiran Fin di ruang tamu. "Eh sayang. Tak cakap pon nak datang sini? I miss you so much babe", Maira memeluk leher Fin dari belakang. Fin tidak bertindak balas. Dia hanya membatukan diri di leather couch. "Sayang? Kenapa ni?", tanya Maira dengan lembut. "Mesranya awak dengan lelaki tu. Seronok tak bila dia peluk awak camtu?", balas Fin dengan nada yang mendatar. Maira kebingungan. Dia mencuba untuk mentafsir kata-kata Fin dan akhirnya teringat peristiwa sebentar tadi.
"Fin, saya rasa awak dah salah faham ni. Okay listen. Let me explain that shit to you. Lelaki yang awak nampak tu cuma client saya. Saya ada meeting dengan dia. After meeting, dia offer nak hantar saya ke kereta tapi saya....".
"Kenapa awak tak menolak?! And kenapa time dia peluk awak, awak tak cakap apa-apa?! Kenapa Maira?! Saya nampak dengan mata saya sendiri betapa mesranya awak dengan dia !".
Herdikan Fin menyentap hati Maira. Airmatanya jatuh membasahi pipi. "Saya dah tolak Fin tapi dia berkeras nak hantar saya. Masa dia peluk saya tu pon saya cuba tolak tangan dia. Saya perempuan Fin, perempuan. Tenaga saya tak setanding dengan kudrat dia sebagai seorang lelaki. Saya tak boleh berkasar dengan dia sebab dia client saya. Awak tak nampak ke semua tu Fin? Saya girlfriend awak. Tak mungkin saya akan benarkan orang lain sesuka hati pegang saya macamtu ! Kenapa sebenarnya dengan awak ni? Awak tak pernah berkasar macamni dengan saya. Saya rasa macam dah tak kenal siapa awak", balas Maira. Maira segera mengambil kembali beg tangannya dan meluru keluar dari apartment. Fin tersentak. Terasa dirinya bagaikan baru sahaja ditampar berulang kali. Fin meraup mukanya. "Ya Allah, apa aku dah buat ni? Aku sepatutnya dengar dahulu penjelasan dia.". Fin berlari keluar dari apartment untuk mengejar Maira. Tempat letak kereta Maira kelihatan kosong. Fin mendail number telefon Maira namun usahanya sia-sia kerana panggilannya disambut oleh peti simpanan suara. Dia berlari ke arah kereta miliknya dan memecut keluar dari perkarangan apartment. Fin memandu dalam keadaan yang resah. Berjam-jam dia mencuba untuk mencari Maira namun kelibat Maira tidak kelihatan di mana-mana. Malahan rakan-rakan Maira juga tidak mengetahui di mana Maira berada. Fin menghentikan keretanya di tepi Pantai Lido untuk menghirup udara malam yang segar. Hiruk pikuk bandaraya Johor Bahru sedikit pun tidak diendahkan oleh Fin. Dia kelihatan resah dan rasa bersalah menghantui dirinya. Suasana dingin malam itu dipecahkan dengan deringan telefon bimbit Fin. Tertera nama Addrina di skrin. Jantung Fin berdegup kencang melihat nama itu. "Hello. Ye Rina. Ada apa-apa berita pasal Maira ke?", pertanyaan itu ditujukan kepada Addrina, sahabat karib Maira. Belum sempat panggilan itu dimatikan, telefon bimbit Fin sudah terlepas dari genggaman tangannya dan jatuh di atas pasir.
Bersambung......