FinMaira #4
Wednesday, 2 October 2013 | 01:50 | 0 comments
Berita mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa Maira yang diterima Fin sebentar tadi seolah-olah telah meragut jiwanya. Fin bergegas masuk ke dalam kereta dan memandu ke KPJ Puteri Specialist. Di pintu masuk hospital, Addrina sudah sedia menunggu Fin. "Rina, mana Maira? Macam mana keadaan dia? Apa yang dah jadi sebenarnya ni?", bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fin. Dia kelihatan buntu dan tidak tentu arah. "Sabar Fin. Maira ada di dalam ICU sekarang. Doctor masih belum beritahu status Maira. Jom ikut I. I bawak you ke ward ICU", Addrina mencuba untuk menenangkan Fin. Mereka menaiki lif ke tingkat 3. Dari jauh Fin sudah dapat melihat kelibat Datin Anita yang sedang mundar mandi di laluan koridor. Addrina masuk kembali ke dalam lif selepas menghantar Fin ke ward ICU yang menempatkan sahabat karibnya itu. Addrina terpaksa mengundurkan diri untuk pulang ke rumah kerana dia perlu bekerja pada pukul 8 pagi namun dia berjanji akan datang kembali pada waktu petang. Fin menyapa Datin Anita dan menghulurkan tangan untuk bersalaman, "aunty Nita, maaf saya lewat datang ke sini. Bagaimana keadaan Maira?". Raut wajah Datin Anita jelas menunjukkan kesedihan yang tidak tertanggung oleh hati tuanya. Datin Anita memeluk Fin dan menangis tersedu sedan di bahunya. "Maira.. Doctor masih cuba untuk selamatkan Maira. Maira sudah kehilangan banyak darah semasa dalam perjalanan ke sini. Aunty tak nak kehilangan satu-satunya anak aunty, Fin.", raung Datin Anita. Semakin menebal rasa bersalah yang bersarang di dalam diri Fin. Lidahnya kelu untuk berkata-kata, namun digagahkan jua. "Maafkan saya aunty. Saya gagal menjaga Maira dengan baik. Saya yang bersalah dalam hal ini. Kalau saya dengar dahulu penjelasan Maira, semua ini tidak akan terjadi. Aunty boleh pukul saya atau herdik saya. Saya rela aunty, saya rela.", akhirnya kristal-kristal jernih mengalir keluar dari kelopak mata Fin. Datin Anita mengusap lembut bahu Fin seakan memujuk, "jangan cakap macamtu Fin. Aunty tak salahkan kamu. In fact aunty dah sayang kamu macam anak aunty sendiri. Kita sama-sama doakan Maira ye".Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Pintu bilik ICU dibuka dan seorang doktor muda berjalan keluar bersama dua orang jururawat. Fin bingkas bangun untuk bertanyakan keadaan terkini Maira. Doctor itu memberitahu bahawa keadaan Maira masih belum stabil namun Maira bernasib baik kerana segera dibawa ke hospital. Datin Anita mendesak agar anak kesayangannya itu diselamatkan walau dengan apa cara sekalipun. "Anak datin mungkin tidak akan sedarkan diri dalam masa yang terdekat ini. Saya akan berusaha untuk memberi rawatan yang terbaik kepada anak datin. Jika perlu, saya sendiri akan panggil pakar perubatan dari luar. Harap datin dapat bersabar", balas doctor muda itu dengan lembut. Walaupun sukar untuk menerima kenyataan bahawa Maira koma dalam jangka masa yang tidak diketahui, Fin tetap bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia kekasih hatinya itu. Mereka mahu melihat keadaan Maira namun jururawat yang bertugas hanya membenarkan seorang ahli keluarga pesakit sahaja untuk masuk ke dalam ruangan ICU. Fin memberi ruang kepada Datin Anita untuk masuk dahulu. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa yang disediakan khas buat pelawat di ruang menunggu.
Datin Anita keluar dari ward dengan mata yang sembap. Dia kelihatan letih dan lesu. Fin memujuk Datin Anita agar pulang dahulu untuk berehat kerana terlalu risaukan kesihatan wanita itu. Fin pula mengambil giliran untuk masuk dan menemani Maira. Wayar-wayar berselirat di tubuh Maira. Wajah Maira tampak pucat namun kecantikannya tetap terserlah. Fin mengucup pipi Maira dan menggenggam erat tangannya. Dia termenung sendirian dan teringat kembali kesilapannya terhadap Maira. Segala kenangan manis mereka tersingkap, satu demi satu. Senyuman manja Maira dan telatah Maira ketika di Taman Merdeka yang merengek-rengek meminta Fin agar mendukungnya di belakang masih jelas dalam ingatan Fin.
"Fin, dukunglah saya. Please please please", rengek Maira dengan penuh manja. "Kiss sini and sini dulu", balas Fin sambil jarinya menekan-nekan pipi kiri dan kananya yang sengaja dikembungkan. Maira mengucup seluruh bahagian wajah Fin tanpa henti. "Hey ! Sudahlah tu. Air liur awak habis melekat dekat muka saya yang handsome ni hahahaha" "Eee mana ada air liur ! Awak ni jahatlah !", balas Maira dengan nada merajuk. Maira jalan meninggalkan Fin yang sedang galak ketawa. Fin berlari anak mengejar Maira dan berhenti di hadapan Maira. Dia membongkokkan badannya seraya berkata, "cepat. Saya piggy back awak". Maira memeluk bahagian belakang tubuh Fin dan Fin menegakkan kembali badan. Fin mendukung Maira di sekitar tasik yang terdapat di taman itu. "Amboi manjanya main dukung-dukung", tegur seorang perempuan tua yang kebetulan berada di kawasan yang sama. Fin lekas menurunkan Maira dan mereka ketawa sambil menutup muka.
Fin terjaga dari tidur apabila pintu ward dibuka. Dia tidak sedar bahawa dia sudah terlena di sisi Maira. Seorang jururawat masuk untuk memeriksa keadaan Maira. Fin berjalan keluar dari ward untuk mencari cafeteria. Pada saat itu, yang diperlukan oleh Fin ialah secawan kopi panas. Fin meneguk perlahan-lahan kopi yang dibelinya sambil tangannya ligat mendail number telefon pejabatnya untuk memohon cuti selama seminggu demi menjaga Maira di hospital. Selepas panggilan dimatikan, dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan membersihkan dirinya dahulu sebelum kembali ke hospital.
Bersambung....