FinMaira #5
Friday, 4 October 2013 | 23:43 | 0 comments
Seminggu berlalu namun Maira masih belum menunjukkan sebarang pergerakan mahupun tindak balas. Fin masih setia menjaga Maira, menanti penuh kesabaran. Dia yakin Maira akan bangkit dari tidur panjangnya dan dia tidak mahu terlepas saat itu. Pagi itu Fin datang ke ward 1302 seperti biasa. Jururawat khas yang ditugaskan memeriksa keadaan Maira sedang menjalankan pemeriksaan hariannya. "Selamat pagi Zana", sapa Fin. "Eh selamat pagi Fin. Lambat datang harini?", sahut Zana bersama sebuah senyuman manis yang diukir diwajahnya. "Mm tadi jalan jammed dekat Larkin." "Oh. Baiklah. Saya pergi dulu ye. Ada tugas lain di ward bawah". Jururawat itu mencatatkan sesuatu di kad laporannya kemudian berlalu keluar dari ward Maira. Fin berdiri di tepi jendela untuk melihat suasana di luar hospital pada waktu pagi. Awan mendung jelas kelihatan menutupi sinar matahari yang baru sahaja memunculkan diri. "Hari nak hujan", detik hati Fin. Fin melangkah ke vanding machine yang terletak tidak jauh dari ward Maira."Aduh !", jeritan kecil kedengaran dari sesusuk tubuh di hadapan Fin. "Maafkan saya. Saya tak sengaja terlanggar awak. Saya berkhayal tadi. Maaf, maaf", Fin memohon maaf berulang kali kepada jururawat yang baru sahaja dilanggarnya secara tidak sengaja. Jururawat itu hanya menggangguk dan memberikan senyuman kepada Fin. Senyuman itu menyimpan seribu satu makna.
Nadrah senyum sendiri apabila teringat detik-detik pujaan hatinya menegurnya buat kali pertama. Suara dan wajah si dia bagaikan berputar-putar di dalam fikiran Nadrah. "Hoi ! Menungkan apa tu?", sergah rakan sejawatnya dari belakang. "Hoi, hoi. Tak reti bagi salam eh?!", marah Nadrah. Rakannya tergelak kecik. Nadrah menyambung bicara, "tadi dia tegur aku. Cair bila dengar suara dia yang lembut tu. Aku rasa macam di awang-awangan sekarang ni". "Aku rasa kau ni dah angau lah. Gila bayang pon ye haha", balas wanita yang bertubuh agak gempal itu. Nadrah tidak mempedulikan perlian rakannya itu.
Fin sekali lagi terserempak dengan jururawat yang pernah dilanggarnya tempoh hari. Dia menghadiahkan senyuman kepada jururawat itu dan dibalas dengan senyuman yang amat manis. Nadrah memiliki paras rupa yang sempurna. Berkulit putih, tinggi lampai, bertubuh langsing dan berambut ikal mayang. Sesiapa saja yang melihat senyuman Nadrah sudah pasti akan terpana tetapi tidak bagi Fin. Fin menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan, "kita belum berkenalan secara sopan lagi kan? Nama saya Fin". Jururawat itu menyambut huluran tangan Fin, "Ya. Nadrah Imani. But boleh panggil saya Nadrah". Fin cuba mengelakkan situasi kekok dengan lawak hambarnya, "haritu ada cedera dekat mana-mana tak? Patah tak tulang bahu awak?". Nadrah ketawa kecil. "Doctor kata retak je bila tengok imbasan x-ray bahu saya", balas Nadrah. Hilai tawa Fin terhambur keluar tanpa dikawal sehinggakan ditegur oleh ketua jururawat. Dia mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf. Nadrah meminta diri untuk menjalankan tugasnya dan Fin memerhatikan jururawat itu berlalu pergi.
Cafeteria kelihatan lengang tengah hari itu. Fin memesan secawan nescafe ais dan sepinggan mee goreng sebagai hidangan makan tengah harinya. "Hye. Makan seorang diri je ke?", muncul suara halus di tepi Fin. "Eh Nadrah. Ye, seorang je. Awak pon nak lunch ke? Jom lah lunch sekali dengan saya". Nadrah menerima ajakan Fin dengan hati yang berbunga-bunga. Mereka menikmati makanan sambil bergelak ketawa bersama. Saat-saat itu dirasakan sangat indah bagi Nadrah kerana dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap Fin. Dari berbual kosong, perbualan mereka beralih ke topik yang lebih serius. Nadrah memulakan bicara mengenai perempuan yang berada di ward 1302. "Awak memang hari-hari datang ke hospital ni kan? Rajinnya awak lawat saudara awak tu. Dia adik awak ke?". Fin menghirup nescafe aisnya. "Yup. Itu girlfriend saya. Dia cinta hati saya yang pertama", jawab Fin dengan jujur. Nadrah tersentak. Spontan airmatanya mengalir di pipi. Fin menyaksikan adegan aneh itu sebelum sempat Nadrah menyeka airmata. Akal Nadrah ligat mencari alasan yang terbaik untuk menutup kesilapannya. "Kenapa awak menangis? Jujur dengan saya Nadrah. Saya benci penipu", tegas Fin. Nadrah bingkas bangun meninggalkan Fin yang sedang bingung. Kaki Nadrah membawanya ke taman yang terletak di luar bangunan hospital. Tiba-tiba tangan Nadrah direntap dari belakang. "Awak belum jawab soalan saya". Nadrah tergagap-gagap. Dia mencari kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata. "Saya cintakan awak. Saya tak tau macam mana dan bagaimana tapi saya dah jatuh hati dekat awak. Masih ingat saat kita bertembung tu? I instantly fell in love with you since that moment. Bila saya dapat tau perempuan dalam ward tu kekasih awak, hati saya hancur Fin. Hancur sama sekali", keluar pengakuan ikhlas dari bibir Nadrah. Dia terduduk di bangku bersama tangisan yang tidak tertahan. Fin berdiri kaku melihat Nadrah. Fin turut terduduk bersebelahan Nadrah. "Thank you for falling in love with me.", Fin mengusap tangan Nadrah dan berlalu dari situ.
Semenjak hari itu, hubungan Fin dan Nadrah semakin rapat. Hampir setiap hari juga mereka akan makan bersama di cafeteria. Ada kalanya Nadrah akan datang berjumpa Fin di ward Maira. Mereka berbual mesra di tepi jendela bersebelahan katil Maira. Walaupun Maira masih belum sedarkan diri, dia dapat mendengar dengan jelas bunyi-bunyi di sekelilingnya dan dia memahami setiap butir bicara yang diucapkan oleh sesiapa sahaja.
Jari-jemari Maira bergerak sendiri tanpa bantuan sesiapa. "Doctor ! Doctor ! Nurse !!!", laung Fin dari dalam ward. Jururawat bernama Zana masuk bersama seorang doctor. Mereka memeriksa keadaan Maira dan menguji Maira dengan ujian tindak balas. Ternyata Maira memberikan respond yang positif. Kelopak matanya terbuka perlahan-lahan. Maira menoleh melihat ke sekitar ruangan yang asing itu. Fin memegang erat tangan Maira, "Alhamdulillah awak dah sedar sayang". Maira tidak membalas kata-kata Fin. "Jangan risau. Cik Maira masih lagi dalam keadaan bingung. Beri dia masa. Sebentar lagi dia akan pulih seperti dahulu kala", nasihat doctor itu seakan memahami apa yang Fin fikirkan.
"Dia" memerhatikan detik-detik itu tanpa disedari sesiapa. "Dia" merengus kasar, menghembuskan kebencian yang membara.
Bersambung....