Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
FinMaira #6
Saturday, 5 October 2013 | 07:01 | 0 comments
"Maira ! Syukur alhamdulillah anak mama ni dah sedar.", laung Datin Anita dari pintu ward 1302. Dia berlari anak ke katil Maira dan mendakap anak perempuannya itu. "Mama", bisik Maira di telinga Datin Anita. Fin yang menghubungi Datin Anita untuk memberitahu khabar berita mengenai Maira. Biarpun sudah sedar dari koma, Maira masih dalam keadaan yang lemah. Doctor menasihatkan Maira agak lebih banyak berehat untuk beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Fin berdiri di sisi katil memerhatikan gelagat dua beranak itu. Maira menoleh ke arah Fin dengan riak wajah yang tegang. Dia mengingati setiap detik-detik pergaduhannya dengan Fin sebelum kemalangan jalan raya berlaku. Perasaan marah, sedih, kecewa bercampur baur. Namun dia rindukan kekasih hatinya itu. Terasa bagaikan sudah lama dia tidak merasa sentuhan dan kasih sayang Fin. Datin Anita mengucup dahi Maira sebelum mengundurkan diri untuk kembali ke pejabat atas urusan yang belum diselesaikannya. Datin Anita serba salah untuk meninggalkan Maira namun dia tiada pilihan lain.
"Fin", lembut suara Maira menyebut nama itu. Fin melangkah mendekati Maira dan duduk di tepi katil. Maira menepuk-nepuk bantalnya, "baring dekat sebelah saya please. Saya sejuklah". Fin baring di sisi Maira dan Maira merapatkan tubuhnya dengan Fin. Mereka berdakapan. "Saya minta maaf sebab bertindak melulu tempoh hari. Saya tau saya sepatutnya beri awak peluang untuk menjelaskan perkara sebenar. Fikiran saya celaru disebabkan hal pejabat tetapi awak pula yang menjadi mangsa amarah saya. Kalau kita tidak bergaduh, awak tidak akan ditimpa kemalangan. Maafkan saya Maira. Saya sayang awak, saya berani bersumpah. Masa awak koma tu, setiap hari saya marah diri saya. Saya punca awak terbaring dekat sini dengan wayar yang berlilit di merata tempat. Tiap masa saya berdoa agar awak sedar. Saya takut sangat kehilangan awak.", ucap Fin dengan ikhlas. Sayu hati Maira mendengar kata-kata Fin. Dia sedar dirinya tidak mampu untuk kekal marahkan Fin dalam tempoh yang lama. 
"Saya maafkan awak. But promise me one thing?"
       "Anything for my angel"
"Promise me that you won't change and stay with me as long as we could?"
       "365 days per year, 7 days per week, 60 minutes per hour and 60 seconds per minute... my love towards you will remain the same. I'll stick with you through thick and thin, Nur Sazween Maira. I can't promise for perfection, but i promise i would stay"
Maira merenung ke dalam mata Fin. Sinar mata Fin menceritakan segala-galanya. Dia yakin dengan janji-janji Fin.
Nadrah menyapa Fin daripada belakang ketika Fin sedang memasukkan duit ke dalam vending machine. "Oh Nadrah", jelas nada mendatar Fin. Fin sudah sedar akan kesilapannya melayan perempuan lain dengan mesra di belakang Maira. Dia tidak mahu mencurangi satu-satunya pemilik hatinya. Nadrah perasan mengenai perubahan layanan Fin terhadap dirinya. "Kenapa ni Fin? Janganlah bersikap dingin macamtu dengan saya.", Nadrah cuba memujuk. Dia memaut lengan Fin dengan manja. Fin pantas menolak dengan lembut. "Maaf Nadrah. Saya milik Maira. Awak tak boleh pegang-pegang saya macamni.", tegas Fin. Fin mengatur langkah meninggalkan Nadrah. Nadrah merasa meluat mendengar nama itu. Nadrah menganggap Maira sebagai perampas dan penghalang Fin daripada jatuh ke tangannya. Dia bertekad untuk mengambil semula "hak" nya.
Maira meletakkan majalah yang dibacanya di atas katil apabila seorang jururawat masuk ke wardnya. Dia sudah sedia menghulurkan tangan kerana beranggapan jururawat itu mahu melakukan pemeriksaan harian terhadapnya. Jururawat itu memandang Maira dengan pandangan yang tajam, "tinggalkan Fin.". Maira terpinga-pinga. "Tinggalkan Fin ! We love each other okay ! Kau ni penghalang cinta kami", desak jururawat asing itu. "Eh you ni siapa?! Tiba-tiba je nak suruh i tinggalkan Fin. Apa hubungan you dengan dia?!", herdik Maira. Terasa panas darah yang mengalir di tubuh Maira saat itu. "Nadrah. Nama aku Nadrah. Masa kau terbaring macam mayat hidup dekat sini, aku yang jaga Fin. Setiap hari aku yang teman dia makan, ambil berat pasal dia. Perempuan macam kau ni tak layak untuk dia. Kau hanya menyusahkan hidup dia. Disebabkan nak jaga kau, dia terpaksa ambil cuti for a few weeks. Pergilah dari hidup dia. Aku mampu beri dia lebih daripada yang kau beri selama ni.", balas Nadrah dengan sinis. Maira membatukan diri. Kata-kata Nadrah telah membunuh jiwanya perlahan-lahan. Di antara percaya ataupun tidak, Maira buntu. "Tinggalkan Fin kalau tidak...." "Kalau tidak apa?!", suara kasar itu memotong percakapan Nadrah. Maira dan Nadrah menoleh ke arah pintu ward. "Fin", serentak Maira dan Nadrah menyebut nama itu. Fin merentap lengan Nadrah dengan kasar. "Listen k. Saya dah dengar segalanya. Mujur saya cepat kembali ke sini tadi. Saya tak cintakan awak. Saya sedar saya dah buat kesilapan besar bila saya layan awak dengan baik semenjak awak buat pengakuan mengenai perasaan awak dekat saya. Seolah-olah saya dah beri harapan dekat awak kan? Saya silap walaupun niat saya hanya ingin berkawan. Saya tak nak khianati Maira. One more thing, don't you dare to talk to her like that ! Awak fikir awak siapa? Awak tak ada hak untuk arahkan dia supaya tinggalkan saya. Maafkan saya Nadrah tapi lebih baik awak pergi dari sini sekarang", Fin sengaja menunjukkan jarinya ke arah pintu. Nadrah berlari keluar bersama linangan airmata. Malu, dia malu dengan dirinya. 
Maira menarik selimut dan memalingkan badannya ke arah bertentangan, "baliklah Fin. Saya nak berehat". "Give me a chance to explain everything Maira. Please, i'm begging", rayu Fin dengan bersungguh. "Tolonglah balik Fin.", dingin sekali nada Maira. Fin mengeluh kecewa. 
Fin memecut laju meninggalkan perkarangan hospital bersama fikiran yang bercelaru. Dia memberhentikan kenderaan berhampiran bazar karat yang terletak ditengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Masih ramai manusia yang berlegar di bazar itu walaupun jam ditangan Fin sudah menunjukkan ke arah 11.30 malam. Dia menghentakkan tangannya di stereng kereta dan terus hanyut di dalam dunianya sendiri.

Bersambung.....

Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody