Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
FinMaira #7
Tuesday, 8 October 2013 | 06:38 | 0 comments
Fin membuka pintu ward perlahan-lahan. Maira menoleh sekilas ke arah pintu kemudian meneruskan pembacaannya. Majalah fashion wanita itu lebih menarik perhatian Maira. Fin mengambil langkah pertama untuk memulakan bicara.
        "Maira, saya tau awak marahkan saya. Bagi saya satu peluang untuk beri penjelasan. Please. Satu je peluang yang saya minta."
  "Apa lagi yang awak nak jelaskan Fin? Perempuan tu... Masa saya masih dalam keadaan koma, awak bermesra dengan dia kan? Entah apa lagi yang awak buat dengan dia, saya sendiri tak tau. Apa yang awak dah buat sampaikan dia nekad serang saya tempoh hari?! Perempuan mana lagi yang awak layan dekat belakang saya ni Fin?!"
       "Saya sunyi dan tak tentu arah kerana menanti awak untuk sedar, kemudian dia pula muncul. Saya layan dia sebagai seorang teman. Peneman dekat hospital ni. Mungkin agak berlebihan layanan saya sehinggakan dia jadi salah faham. Saya tau saya salah Maira. Tapi saya tak curangi awak. Hati saya masih untuk awak seorang."
  "Jadi betul lah apa yang dia cakap tempoh hari. Saya ni hanya bebanan buat awak kan Fin? Teman? Teman apanya kalau sampai dia fall in love dekat awak? Selama ni awak tak pernah tegur perempuan lain. Tapi kalini awak layan perempuan tu dengan mesra. Dia dah curi perhatian awak kan? Jujurlah Fin."
      "Secara jujurnya, dia pernah membuat pengakuan mengenai perasaannya terhadap saya di taman. Saya tak membalas. Semenjak hari itu, dia yang teman saya setiap hari. Saya tak pernah minta semua tu tetapi dia yang datang ke cafe untuk makan bersama saya. Kadang kala dia akan datang ke sini untuk bertanyakan khabar saya dan kami hanya berbual kosong. Saya nak awak tau yang saya tak pernah anggap awak sebagai satu bebanan. Saya ikhlas jaga awak sebab awak dah jadi tanggungjawab saya. Saya tak mengeluh, tak putus asa tunggu awak. Kalau boleh tukar tempat dengan awak, saya sanggup Maira. Biar saya je yang kemalangan dan bukannya awak. You've give everything that i need. Saya tak perlukan apa-apa lagi kecuali awak. Maafkan saya Maira, maafkan saya."
Fin menggenggam erat tangan Maira. Hancur hati Maira saat itu. Dunianya serta-merta berubah menjadi gelap. Airmatanya tidak tertahan lagi. "Lepaskan saya Fin. Awak pergilah dari sini. Saya tak mahu tengok lagi muka awak !", herdik Maira sambil meronta. 
Fin tersentak. 
     "Maira... Saya..." 
  "Enough Fin. It's over. Tolong pergi sebelum saya panggil pengawal."
Fin berundur perlahan-lahan dan melangkah pergi dari ward 1302. Kristal-kristal jernih mengalir membasahi pipi Fin. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Maira menangis semahunya. Jiwanya telah direntap dengan kasar. Hubungan mereka telah tamat dan mungkin itu lah pertemuannya yang terakhir dengan Fin.

(3 bulan kemudian)

Fin memeluk pinggang Maira dari arah belakang. Angin sejuk yang menampar kulit Maira tidak terasa kerana dia tenggelam didalam dakapan Fin. "Maira, awak impikan apa dalam dunia ni?", bisik Fin di telinga Maira. "Saya impikan berdiri dekat balkoni apartment saya then kekasih saya peluk saya dari belakang", jawab Maira bersama ketawa kecil. Pipinya dicubit dengan kuat oleh Fin. Maira mengerang kesakitan. "Padan muka. Saya tanya serious, awak jawab main-main pula", rungut Fin. Maira berusaha memujuk dengan memberikan satu kucupan di dahi Fin. "Saya impikan hidup yang bahagia. Saya impikan someone untuk bahagiakan saya, setia di sisi saya setiap masa sebab dalam hidup saya selama ni, saya hanya ada mama. Semenjak papa meninggal, mama yang uruskan syarikat dan jaga saya. Mama terlalu sibuk menguruskan syarikat peninggalan papa sehinggakan tiada masa untuk saya. Saya tak merungut sebab saya faham situasi mama. Kalau awak nak tau, sebenarnya cita-cita saya nak jadi photographer tetapi saya ketepikan cita-cita saya dan memilih untuk ambil course perniagaan di universiti so that saya boleh mewarisi syarikat itu nanti.", sayu nada Maira menceritakan perihal keluarganya kepada Fin. Fin menarik tubuh Maira agar berdiri menghadapnya. Dia mengusap pipi Maira dengan penuh kasih sayang. "Saya akan tunaikan impian awak Maira. Apa jadi sekalipun, saya tetap akan setia di sisi awak. Saya nak bahagiakan awak setiap masa. Kebahagiaan awak ialah keutamaan saya sekarang.".
"Prang !" Berderai kaca gelas yang dipegang Maira di atas lantai apartmentnya. Maira tersedar daripada lamunan lalu mengucap panjang. Dia menggelamun sendiri sebentar tadi. Memorinya bersama Fin menghantui diri Maira. Walaupun sudah 3 bulan berpisah, Maira tidak pernah melupakan Fin. Sudah ramai jejaka yang mencuba untuk mencuri hatinya namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh Maira. Addrina juga tidak memahami sikap Maira. "Sebenarnya orang macam mana yang boleh mendapat tempat di hati kau?", soal Addrina dengan kerutan di dahi. Maira menjawab soalan sahabat karibnya itu dengan senyuman yang tidak mampu dirungkai oleh sesiapa.

Bersambung....


Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody