FinMaira #8
Tuesday, 15 October 2013 | 03:03 | 0 comments
Iced Mocha kegemarannya tidak lagi kelihatan menarik. Semuanya tampak biasa bagi Fin. Hidupnya kosong ibarat kanvas putih. Cafe Starbucks itu sarat dengan manusia loaded yang gemar menghabiskan lima belas ringgit Malaysia untuk secawan kopi. Di sudut kiri Fin kelihatan sekumpulan remaja perempuan yang sedang ligat berposing bersama minuman mereka. Barangkali untuk diupload di instagram bersama caption "sedapnya starbucks ni". "Sakai", bisik Fin dengan nada meluat. Dia masih ingat, di Starbucks inilah dia bertemu dengan seorang wanita rupawan bernama Maira 2 tahun yang lalu. Wanita yang berjaya memikat hatinya dalam masa beberapa jam. 3 bulan telah berlalu namun Maira masih menghantuinya dirinya. Fin sedar bahawa hanya Maira yang mampu membuatkan hidupnya menjadi lebih bermakna. Dia mengeluh hiba. Fin menoleh ke arah luar tingkap kaca untuk menikmati pemandangan yang menenangkan tetapi anak matanya lekas tertumpu ke arah sebuah meja yang sedang diduduki oleh dua orang wanita. Dia cuba mengamati wajah wanita itu dan wanita itu turut menoleh ke arahnya. Jelas kelihatan kerutan didahi wanita itu. "Maira?", suara hati Fin menyebut nama itu.Maira terasa dirinya diperhatikan. Sebaik sahaja dia melihat ke arah sekeliling, matanya dapat menangkap imej sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. "Fin ! Rina, itu Fin. Fin ada dekat sini", ujar Maira dengan cemas. Hatinya berdegup kencang. Dia mula tidak tentu arah. Perasaan rindu membuak-buak di sudut hatinya. Ingin sahaja dia berlari ke arah Fin lantas memeluk tubuh kurus itu sepuas-puasnya namun dia sedar bahawa Fin bukan lagi miliknya. Fin melangkah mendekati Maira dan Addrina lalu menyapa mereka. Terasa janggal sekali diantara Fin dan Maira. Addrina segera meminta diri untuk memberi ruang kepada bekas kekasih itu untuk berbicara. Maira cuba menghalang namun Addrina bingkas bangun dan berlalu pergi. Maira mencarut sendirian didalam hati atas tindakan rakan karibnya itu. Maira menyedut minumannya berulang kali bagi menutup rasa tidak senangnya. Suasana bisu itu berlanjutan buat seketika dan akhirnya Fin membuka mulut untuk memulakan perbualan.
"Awak apa khabar? Sihat?"
"Sihat. Awak pula? Awak ke sini sendirian je ke? Mana teman wanita baru awak?"
"Alhamdulillah sihat. Teman wanita? Awak maksudkan Nadrah ke? Haha", jawab Fin secara berseloroh.
"Oh Nadrah tu teman wanita awak ye sekarang?", balas Maira dengan sinis.
"Tak. Saya dah pernah cakap saya tak cintakan dia dan saya takkan pernah ada apa-apa perasaan terhadap dia. Sebab saya...."
"Saya apa?"
Fin merenung ke dalam mata Maira, "sebab saya cintakan awak Maira. Dari dulu sampai sekarang perasaan tu tak pernah berubah"
Maira menjegilkan matanya. Terkejut. Dia tidak menyangka Fin akan berkata begitu.
"Kalau awak cintakan saya, awak takkan berubah hati walau sedikitpun Fin."
"Siapa kata saya berubah hati? Saya dah jelaskan segalanya dekat awak. Saya hanya anggap Nadrah sebagai kawan. Tak lebih, tak kurang. Janji-janji saya dekat awak, saya masih pegang. Belum ada mana-mana perempuan lain pun yang berjaya menggantikan tempat awak dihati saya. Saya rindukan awak Maira tetapi saya takut hendak berjumpa awak sebab saya tahu awak dah bencikan saya."
Redup wajah Fin tatkala menuturkan pengakuan itu. Maira dapat melihat keikhlasan kata-kata Fin.
"Saya tak pernah bencikan awak Fin. Dalam hati saya, masih terukir nama awak. I really really really miss you Fin. Semua memori diantara kita tak pernah lupu dari ingatan saya."
Fin mengelus jari-jemari Maira lalu melutut dihadapan wanita itu. "I still love you Sazween Maira and i really do. I need you back to complete me, to fill each day of my life with memories and to kill my lonely night. I want to make this thing right. Give me a chance to fix everything, Maira. Be mine?"
Maira menganggukkan kepalanya sebagai tanda menerima lamaran Fin. Maira mendakap tubuh Fin untuk melepaskan rindunya yang terpendam selama ini. "Thank you. You've complete me sayang", bisik Fin seraya tersenyum bahagia.
"Every love story has the ending. Either it ended happily or with tears, no one knows. One thing for sure, true love eventually remain till the heaven. May you found your soulmate someday."






