Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
Experiment part 1
Thursday, 20 February 2014 | 00:55 | 0 comments
Hey guys. Dah lama gila tak update blog ni. Jangan kata update, bukak pon tak. Nak kata busy, busy mendenya setakat duduk rumah bangun-mandi-makan-tengok tv-online-tidur-repeat. Acacah nak kerja tapi tak jugak cari kerja. Pariapa sangat perangai hahaha. Aku update kalini sebab nak share satu experimentasi yang pada aku agak menarik lah.
Experimentasi ni dimulakan dengan percubaan untuk contact balik dengan seorang perempuan bernama Sarabanon (bukan nama sebenar). Pada asalnya kami memang dah lama kenal sebab dia merupakan schoolmate kepada kawan aku. Macam-macam cerita aku dengar pasal si Sarabanon ni. Terutama sekali pasal sikap miang dia tu. Boleh dikatakan dia ni seorang yang easy get lah. Sebelum ni juga kami pernah keluar bersama. Kawan-kawan aku menjadi saksi betapa mengadanya dia dan cubaan dia untuk menggedik dengan aku ketika di dalam wayang. Aku hanya menurut dan membiarkan sahaja setiap perlakuan gedik dia tu sebab aku berusaha untuk berfikir positive ketika itu.
Berbalik kepada cerita pasal contact tu. Aku menegur Sarabanon di sebuah rangkaian chatting. Dengan berbekal ayat cliche "boyfriend sentiasa ada" untuk mengetahui status dia, dia reply "Boyfriend? Lol. Lawak k lawak. I dah lama single. You tu haa. Entah dengan siapa lettew ! Haha". Boleh tahan jugak cara dia balas permainan aku. Aku tahu itu sekadar taktik dia untuk tahu status aku pulak. Kemudian dia bagi aku ayat pancing "You kan famous. Confirm banyak yang minat. Tak macam i ni. Tak ada orang nak". Tu petanda dia tengah jual saham. Kemudian cerekarama ni diteruskan. Belum lagi declare as couple dia dah mula nak establish territory dia dengan menyuruh aku menukar gambar default picture rangkaian chatting aku kepada gambar kami berdua. Aku hanya mengikut arahannya demi mengelak dari dia rasa curiga dengan aku. Malam itu juga aku propose dia untuk jadi girlfriend aku. Semudah ABC dia terima lamaran aku. Stage 1 successful.
Keesokan harinya, dia bagitahu aku yang dia nak keluar pergi makan dengan family dia. And you know what, she said "i love you dear". Aku tak reply. Belum sampai 24 jam couple dia dah cakap i love you. Betapa murahnya perkataan tu zaman sekarang ni. Macam dah tak ada makna pada manusia. Kelakar bila di fikirkan balik. Pada aku ucapan tu sangatlah penting dan orang seperti aku takkan semudah itu untuk melafazkannya kepada sembarangan orang. Namun oleh sebab semua ini hanyalah sebuah experimentasi, aku mengucapkannya juga kepada Sarabanon untuk membawa game ni ke peringkat seterusnya. Tidak ketinggalan bahagian di mana Sarabanon menghantar gambar sedang memakai baju tidur berwarna putih yang diambil dari sudut atas sebelum tidur. Dia secara sukarela menghantar gambar itu kepada aku tanpa di minta hanya sebab aku ni couple dia. Bertuah aku ni perempuan. Sukar dibayangkan sekiranya dia menghantar gambar macam tu dekat couple lelaki dia. Barangkali akan di photoshop dan disebarkan ke merata tempat. Sikit pon aku tak tergoda melihat gambar itu. Rasa meluat sahaja yang muncul.
Hari kedua couple. Dia berkata kepada aku "Sayang, i harap sangat kita last long. I tak nak you tinggalkan i k?". Baru hari kedua bro. Calm your tits. Banyak sebenarnya yang aku nak cerita tapi takut terlalu padat pulak update kalini. So untuk di ringkaskan, beberapa hari selepas tu (hari Isnin) aku dapat tanda-tanda demam. Aku bagitahu dia yang aku tengah tak sihat. Dia cakap dia akan call aku sekejap lepas habis kelas. Aku reply "haa okay. If i tak angkat means i tertidur tau". Pukul 2.30 petang dia call aku. Panggilan pertama tak diangkat. Begitu juga dengan panggilan seterusnya. Kepala aku betul-betul berat masa tu. Berkali-kali dia call aku. Dan nampaknya si Sarabanon ni tak faham bahasa. Kan aku dah cakap if aku tak angkat means aku dah tertidur. Petang tu, aku update sesuatu dalam keadaan marah-marah. Biasalah time tengah sakit and kepala rasa nak meletup memang banyak ragam. Aku minta maaf kepada dia. Aku memberitahu bahawa aku perlukan space to be alone dan aku akan contact dia balik nanti.
Keesokan harinya, dia ganggu aku lagi. Sah, Sabaranon ni memang tak faham bahasa. Time maghrib tu aku decide untuk endkan game ni atas beberapa faktor. Pertama, si Sarabanon ni merimaskan. Kedua, aku tak sihat. Ketiga, aku kesiankan dia. Keempat, aku fikir pasal kawan aku yang sayangkan dia. Kelima, aku dah tak jumpa point untuk teruskan experiment. Aku dah lost bila fikir pasal kawan aku tu.

Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody