Kalih Chapter 2
Tuesday, 18 March 2014 | 08:12 | 0 comments
"Weh, kau tahu tak Kaisha tu syok dekat kau?", kata Syaf sambil menepuk lembut bahuku.Aku tersentak, "Hah?"
"Aku tahu sangatlah Daf. Cara dia tu obvious sangat dia dah tangkap feeling dekat kau. Kau je yang tak nampak.", sambung Syaf.
"Apa kau merepek ni? Kita baru jumpa dia buat kali pertama semalam. Pe jadah pulak lah dia nak suka dekat aku.".
"Tapi betul weh, aku confirm dia berminat dengan kau ! Trust me bro."
Syaf kelihatan bersungguh-sungguh hendak meyakinkan aku bahawa Kaisha menaruh perasaan terhadap aku. Unbelievable, tu saja yang mampu aku katakan ketika ini. Minuman Strawberry Frap terasa kelat di tekak ku di saat ini. Ahh, barangkali kalau aku telan gula sebaldi juga tetap akan rasa kelat. Mana taknya, Syaf berusaha memujuk aku supaya mengajak Kaisha untuk keluar bersama. Mahu saja aku menolak mentah-mentah tapi tak sampai hati pula nak kecewakan permintaan sahabat baik aku tu. Sekeping kertas yang tertulis beberapa digit di atasnya dihulurkan ke arah aku. "Take this. Call her.", arah Syaf. Aikk dari mana pulak minah ni dapat nombor telefon Kaisha?
Aku termenung sendirian di dalam bilik. Kata-kata Syaf petang tadi terngiang-ngiang tanpa henti di fikiranku. Aku mengeluh. Kusut ! Aku merenung sepuluh digit yang tertera di skrin telefon bimbitku. Selepas hampir 15 minit berfikir, aku akhirnya menekan punat hijau di skrin telefon. Panggilan aku disambut dengan suara halus milik Kaisha Nerina, "Hello? Who's speaking?". "Daf. Eh i mean, ni Daf. I got your number from Syaf. Sorry lah kalau saya ganggu awak malam malam buta ni". Ahh awkward !!! Nada suaranya secara tiba-tiba berubah. Kedengaran lebih ceria berbanding tadi. "Eh hye daf ! Tak, awak tak ganggu saya pon. I'm glad you call me right now. Saya bosan", keluhnya. Aku tergelak. "Kaisha, actually saya call ni sebab nak ajak awak pergi dinner esok malam. Awak sudi tak nak dinner dengan saya?". Senyap. Tiada jawapan dari dia. Eh pehal takde respon pulak ni? "Awak? Do you hear me? Hello?". "Eh yes Daf. Saya dengar. Maaf, saya terkejut tadi. Yes of course saya sudi. I would love to !", jawabnya keriangan. Senyuman di ukir. "Okay so i'll fetch you at 8 o'clock. Text me your address eh".
Tepat jam 8 malam, aku tiba di perkarangan rumahnya di Bukit Indah. Jelas kelihatan sebuah rumah banglo dua tingkat tersergam indah di hadapanku. Sebuah kereta Porsche 918 Spyder dan Jaguar XJ di parking di perkarangan banglo itu. Ada lagi sebuah kereta di bahagian tepi rumah namun aku tidak dapat melihat dengan jelas model kereta tersebut. Timbul rasa kagum di dalam diri aku. Secara tiba-tiba, seorang perempuan muncul dan mengetuk tingkap di bahagian tempat duduk penumpang. Aku tersentak. Dengan pantas aku membuka lock pintu keretaku. "Hye. Lama ke awak tunggu saya?", sapa perempuan itu dengan lembut. Aku menggelengkan kepala. "Sorry if i'm being rude but is it true yang depan saya ni rumah awak?", soalku. Kaisha ketawa kecil, "What if i say yes? Terkejut ke?".
"Of course lah. Gaya awak simple sangat-sangat. Saya tak sangka awak ni anak orang berada".
"Buat apa saya nak pakai mewah-mewah. Yang kaya tu my parents, bukannya saya. Kenapa? Buruk sangat ke style saya ni? Haha"
Aku memerhatikan gaya pemakaiannya dari rambut sehingga ke kaki. Dress berwarna merah dipadankan bersama kasut tumit tinggi berjenama Louis Vuitton. Dress merah itu berjaya menyerlahkan kulitnya yang putih kemerah-merahan.
"Simple but nice. Your style really suits your personality and your body. I love it."
Kaisha tersenyum sipu mendengar pujian dari aku.
Makan malam kami berakhir dengan sempurna. Selepas makan, aku membawa si dia ke Pantai Lido untuk menghirup udara segar di tepi laut. Kami galak bergurau senda dan berbual-bual di samping saling mengenali antara satu sama lain. Semuanya berjalan lebih baik daripada yang aku sangka. Aku segera menghantar Kaisha pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Sebelum turun dari kereta, dia menghadiahkan kucupan ringkas di pipiku serta mengucapkan terima kasih kerana telah sudi membawanya keluar untuk berjanji temu. Jantungku berdegup kencang. Setelah pintu gate rumahnya di tutup, aku menekan pedal minyak dan memecut keluar daripada kawasan perumahan Kaisha. Aku dapat merasakan suatu perasaan yang ganjil di dalam hati aku. Aku tak dapat nak tafsir apa sebenarnya perasaan tu. Yang pastinya, itu baru pertama kali aku rasa begitu. Bahagia.
Sebelum balik ke rumah, aku singgah di restoran kepunyaan keluarga Syaf. Aku tahu malam-malam begini kebiasaannya Syaf akan ada di situ untuk menyelia pekerja-pekerja ayahnya. Aku menceritakan setiap detik bersama Kaisha kepada Syaf. Termasuk mengenai kucupan secara mengejut tu. Dia sahabat baik aku. Mana mungkin aku akan merahsiakan sesuatu daripada Syaf.
"Bro, ni dah memang confirm lah dia ada perasaan dekat kau. Kau pula macam mana? Ada rasa yang sama ke tak?", soal Syaf seraya mengenyitkan matanya.
Aku tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk soalan Syaf itu tadi. Sebab aku sendiri masih bingung. Pendirian aku selama ini yang menolak hubungan sesama jenis seakan-akan mulai goyah. Satu demi satu babak ketika makan malam bersama Kaisha muncul seperti tayangan percuma di dalam bahagian otak yang disebut secara saintifiknya sebagai Hippocampus. Senyumannya, gelak tawanya betul-betul mengusik jiwa aku. Aku mengeluh panjang. Apa maksud semua ni?