Kalih Chapter 3
Wednesday, 19 March 2014 | 09:03 | 0 comments
Pagi-pagi lagi aku sudah bangkit dari katil dan bersiap untuk keluar. Ini semua gara-gara Syaf yang mengajak aku pergi ke AEON Bukit Indah untuk menemaninya membeli sepasang kasut baharu. Pada mulanya aku layankan aje. Tapi sebaik saja Syaf memberitahu aku yang dia sudah mengajak Kaisha bersama-sama, mood aku terus melayang. Entah kenapa, sejak dari 'kejadian' malam tu, aku seakan akan mahu mengelakkan diri daripada Kaisha. Panggilan telefon dari dia juga dibiarkan tidak berangkat. Aku keliru. Seakan akan tak ready untuk memandang wajah cantiknya sekali lagi.
Aku mengenakan kemeja two-toned dan jeans acid wash serta sepasang nike stefan janoski berwarna hitam di tubuhku. Cukup bergaya untuk menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah yang mewah itu. Selepas hampir tiga puluh lima minit bersiap, aku melangkah laju menuruni anak tangga. Ketika melintasi ruang tamu, aku bertembung dengan mama. "Haa nak pergi mana lah tu.", tegur mama seraya memegang lenganku. "Eerr Daf nak pergi Jusco. Dengan Syaf. Boleh kan Ma?", jawab aku sambil tersengih. "Tunggu sini kejap.", arah mama. Sejurus kemudian mama kembali semula dengan membawa satu sampul putih. Dia menghulurkan sampul itu kepada aku. "Apa ni Ma?", soalku. "Papa pergi UK seminggu. Dia tinggalkan awak duit belanja ni. Dia tak sempat nak transfer ke dalam account awak. Jangan boros !", pesan mama dengan tegas. Aku tersenyum girang melihat sejumlah wang yang banyak di dalam sampul itu. Aku menghidupkan enjin kereta Honda Vios kesayangan aku dan memandu keluar menuju ke Bukit Indah. Lagu-lagu yang diputarkan di Hitz Dot Fm menghiburkan aku di sepanjang perjalanan.
Well, you only need the light when it's burning low.
Only miss the sun when it starts to snow.
Only know you love her when you let her go.
You see her when you close your eyes.
Maybe one day you'll understand why.
Everything you touch surely dies.
Lirik lagu Let Her Go yang di nyanyikan oleh kumpulan Passenger menangkap halwa telingaku. Seakan-akan ada satu suara yang menyingkap maksud sebenar lirik tersebut. Lantas wajah Kaisha muncul kembali ke dalam fikiran aku. Keluhan berat dilepaskan.
Aku melangkah ke pintu masuk Jusco. Segerombolan manusia berkumpul dan berasak-asak di ruang tengah pusat membeli belah yang menempatkan sebuah pentas yang bersaiz sederhana besar. Beberapa orang artis terkenal sedang duduk di sebuah meja di atas pentas. Antaranya ialah Yana Shamsudin, Neelofa, Nabil Ahmad dan Zizan Razak. Terdapat poster "Jelajah Anugerah Bintang Popular" di sekeliling pentas tersebut. Aku menapak ke arah Jco Coffee & Donut. Di satu sudut, Syaf sedang leka bergelak ketawa bersama Kaisha. Aku menghampiri meja yang di duduki mereka. Syaf mendongakkan kepalanya ke arah aku, "Eh bro ! Bila masa pula kau masuk ni?".
"Aiyy seronok sangat sembang dengan Kaisha sampai aku masuk pon kau tak perasan ek."
Perlian aku hanya di sambut dengan senyum sinis Syaf. Aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Kaisha. Aku tidak menoleh mahupun menegur dia. Dia juga hanya membatukan diri di sebelahku. Keadaan menjadi bertambah kekok apabila Syaf pergi ke tandas meninggalkan kami berdua di situ.
Akhirnya Kaisha yang mengalah dan membuka mulut untuk memulakan perbualan.
"Kenapa you diam je dari tadi? Tegur i pon tak. Banyak kali i call you, kenapa tak angkat my call? I ada buat salah ke dekat you Daf? Hm", jelas ada nada sayu di situ.
Serta-merta kedinginan yang menyelubungi hati aku hilang secara mendadak. Aku menjawab soalan Kaisha dengan lembut. Mungkin ini masa yang terbaik untuk aku bercakap secara heart to heart dengannya.
"You know what, since our dinner tempoh hari, i kept thinking bout you. All day, all night. And i don't even know why. I'm wondering, what is that kiss supposed to mean. Syaf told me that you've feeling towards me. Is it true Kaisha? At first, i felt a little bit uncomfortable bila dapat tahu pasal benda ni. But now.... berbeza sangat. I sendiri tak tahu apa yang i rasa. It's.... Ahh i don't know how to explain this.", ujarku secara berterus terang.
Perlahan-lahan Kaisha menarik tangan aku dan menggenggamnya dengan erat. Dia memandang tepat ke arah anak mata aku. "Me too Daf, me too. I felt the same. I pon tak tahu kenapa but there's something bout you yang buat i rasa interested sangat dekat you. Since hari pertama kita berjumpa secara tak sengaja tu. You rasa atas sebab apa i setuju untuk keluar dengan you? I siap benarkan you untuk datang jemput i at my family's house. Mula-mula rasa janggal sangat sebab i sendiri tak pernah involve in this kind of thingy but then things turn out to be great. I mean, our date that night. Truth to be told, i suka you Daf. I guess, i've falling in love with you since that night. That kiss, as a hint actually". Kaisha tersenyum manja. Aku menarik tangannya dan memberikan sebuah kucupan yang lembut. "Give me some time to think. Please?". Dia hanya sekadar mengangguk. Aku dapat melihat senyumannya menjadi kian tawar.
Sekembalinya Syaf ke tempat duduk, aku dan Kaisya berpura-pura seperti tiada apa yang telah berlaku. Selepas puas mencari kasut yang sesuai untuk Syaf, dia memilih untuk membeli sepasang but berjenama Dr Marten. Kebetulan pula ada sales ketika itu. Tuah memihak kepada Syaf. Tepat jam 4 petang, aku keluar daripada tempat yang sesak itu dan memilih untuk menuju ke Taman Merdeka sebagai destinasi seterusnya. Ya, aku memerlukan udara yang nyaman dan ruang untuk menenangkan diri.