Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
Kalih Chapter 1
Thursday, 13 March 2014 | 08:09 | 0 comments
Nama aku Dafina. Namun orang-orang di sekelilingku memanggil aku dengan nama singkatan, Daf. Aku dilahirkan dengan sepasang kromosom XX namun entah di mana silapnya, aku membesar dengan lagak seperti seorang lelaki. Barangkali disebabkan aku satu-satunya anak gadis di antara 4 orang adik beradik lelaki aku. Aku sudah lali digelar sebagai tomboy di sekolah. Typical. Apabila seorang perempuan berpakaian seperti lelaki sahaja terus akan dilabel sebegitu rupa. Rambut aku pendek dan aku memiliki raut wajah seorang gadis Pan-Asian hasil kacukan ayah aku yang berbangsa Eropah dan ibu aku yang berketurunan Melayu. Cantik bak kata rakan-rakan aku. Jadi apa salahnya sekiranya aku memakai t-shirt dan snapback? Aku lebih selesa begitu. Aku bersekolah di sekolah perempuan. Mungkin disebabkan gaya dan rupa aku, aku menjadi kegilaan junior-junior. Kerap kali aku menerima nota ringkas yang dihantar oleh "secret admire" namun tiada satu pon yang dilayan. Semuanya akan berakhir di tong sampah. Maaf, aku mungkin berlagak seperti lelaki namun naluri dan fitrah aku masih seorang perempuan.
Aku menyarung sehelai t-shirt Wolf Gang dan jeans di tubuhku seperti biasa. Aku mencapai snapback Bad Boy berwarna hitam dan melangkah keluar dari pintu bilik. "Nurul Dafina binti Syed Azmi, awak tu lelaki ke perempuan? Berapa kali mama nak kena tegur awak? Naik berbuih mulut mama tau ! Kenapa pakai macamni? Lagi satu, awak nak pergi mana ni?", bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut ibu ku. "Mom, please... Daf nak keluar pergi tengok wayang dengan Syaf and Az.", jawabku dengan ringkas. Aku bingkas mencapai kunci kereta. Belum sempat orang tua itu menyambung bebelan, aku sudah siap menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
"Hoi !", aku menyergah Syaf daripada belakang. Dia mengucap dan mengurut dadanya berulang kali kerana terkejut. Berderai ketawaku melihat telatah Syaf. Kami duduk melepak di kedai mamak yang terletak di Plaza Seni sementara menunggu ketibaan Az. "Aduh, mana pulak lah si lancau ni? Kata dah on the way. On the way abah dia lah !", bebel Syaf seorang diri. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil menghirup teh tarik yang sudah agak sejuk. Malas untuk bakar line. Takut makin di panjangkan pula sumpah seranahnya tu. Tiba-tiba kerusi di sebelahku beralih. Jelas kedengaran bunyi suara seseorang mengerang kesakitan di telinga aku. Aku menoleh ke tepi. Ada sesusuk tubuh sedang duduk di atas lantai sambil mengurut kaki. Aku tunduk dan bertanya kepada dia, "eh awak ni kenapa? Buat apa dekat lantai ni?". Tampak riak blur di muka aku ketika itu. Si di menjeling ke arah aku. "Saya saja je duduk atas lantai ni. Seronok pulak rasa. Sekali sekala kan", balas perempuan itu. Terhambur gelak Syaf mendengar jawapan perempuan tu. Aku masih blur. Syaf sahaja satu-satunya orang yang tahu tentang penyakit BTKT (blur tak kena tempat) aku. Dia menepuk dahi aku dengan kuat. "Aduuuhhhh !!!!", aku terjerit kecil. Kesian aku. Tak pasal-pasal je kena setepek. Syaf membisikkan sesuatu di telinga aku. Aku mengangguk-anggukkan kepala berulang kali. "Ohhhhh. Baru aku faham hehehe", kataku. Aku segera menghulurkan tangan ke arah perempuan tu sambil melemparkan senyuman yang paling manis sekali. Dia menyambut tangan aku. "Terima kasih", ringkas sahaja ucapannya. Namun aku tahu dia ikhlas kerana dia turut membalas senyuman aku. Seluarnya di tepuk beberapa kali bagi menghilang kekotoran yang melekat. "Kawan awak ni memang macam ni eh?", dia menanyakan soalan itu kepada Syaf. Syaf gelak, "A'ah. Dia ni sengal sikit. Blur !". Aku merengus kasar. Ada ke patut Syaf cakap aku sengal di depan awek cun ni. Dia tergelak sama. Syaf menjemput perempuan itu untuk join kami melepak dan dengan selamba badaknya dia terus setuju.
"Aduh malunya jatuh tadi ! Dekat tempat awam pulak tu. Cuai betul saya ni sampaikan boleh tersadung macamtu hehe. Oh by the way.... Nama saya Kaisha.", tangannya dihulur ke arah aku dan Syaf.
"Saya Syaf, Syafiqah. Yang sengal ni Dafina. Tapi you boleh panggil dia Daf je."
"Oh korang lepak sini berdua je ke?"
"Tak. Tunggu member lagi sorang ni", jawab Syaf.
Haih, menggerutu je hati aku dengar perbualan diorang. Apa, aku ni tunggul ke dekat sini?
Deringan telefon aku telah berjaya menghentikan celoteh Syaf dan Kaisha. Aku menjawab panggilan tu dengan kadar segera. Dahi ku dikerutkan, "Az call. Dia cakap dia tak jadi datang", kataku kepada Syaf. "Habis tu, tiket wayang free lagi satu ni nak buat apa?", soal Syaf. Aku menongkat bahuku. Kami terdiam buat seketika. Syaf menoleh ke arah Kaisha, "Err you free tak for this few hours? We got free tickets for 3 person then suddenly kawan yang sorang tu tak jadi datang pulak. Do you mind joining us?". Kaisha memandang sekilas jam berjenama Guess yang terletak kemas di pergelangan tangannya. Dia mengangguk sebagai tanda setuju. Aku senyum. "Great !", ngomelku di dalam hati.
Kami jalan beriringan ke City Square. Terus menuju ke panggung wayang di tingkat paling atas sekali. Aku membelek tiket-tiket wayang itu. Tertera perkataan Hall 6, seat bernombor F7, F8 dan E7. Aku kehairanan. "Aikk, kenapa asing seat ni", soalku.
"Ala tak kisahlah. Free kan. Duduk je lah mana-mana asalkan dapat tengok wayang", balas Syaf.
"Aku duduk seat E7 lah eh."
"Habis aku dengan Kaisha kena duduk seat F lah ni?"
"Ye.", balasku.
Kaisha menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. "Saya nak duduk sebelah Daf. Please?"
Syaf terkejut pada mulanya. Dia pantas menoleh ke arah Kaisha. Pipinya sudah berubah warna agak sedikit kemerahan. Syaf tersengih sengih ke arahku dan mengenyitkan mata ke arah Kaisha.
Arrghhh aku masih tak faham permainan mereka berdua ni.
Tanpa berkata apa-apa, aku melangkah masuk ke dalam Hall 6 sambil di ekori oleh Syaf dan Kaisha. Kaisha duduk di sebelahku. Ruangan yang luas itu menjadi semakin padat dengan manusia-manusia yang turut sama ingin menonton cerita Iron Man 3. Setengah jam selepas wayang bermula, aku dapat merasakan seolah-olah aku sedang diperhatikan. "Haih, apsal rasa tak best je ni.", perasaan gelisah mula bercambah. Dari ekor mataku, aku dapat melihat Kaisha sedang merenung ke arah aku tanpa berkelip. Aku terpinga-pinga seketika.



Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody