Kalih Chapter 5
Tuesday, 15 April 2014 | 07:59 | 0 comments
Aku memandang Syaf dengan mata yang bersinar-sinar. "I've fall in love with her, Syaf ! I'm in a bed of roses !". Syaf menumbuk perlahan bahuku."Congratulation bro. Aku tak pernah tengok kau se-happy ni".
"Thanks to you. Kau yang suruh aku terima Kaisha dalam hidup aku kan? Thank you buddy."
"Tu lah gunanya kawan, right? Haha. Well, what makes you suddenly change your mind bout her?", soal Syaf.
Aku mendongak ke langit dan membayangkan wajah Kaisha. "I don't know man. She's a special girl. Her smile could brighten up my day. Bila dia gelak....comel sangat ! Plus the way she talk, the way she walk... Ahhh my heart raced every time i saw her. And out of sudden, i feel like i can't live without her. Eventhough for one day. Now, i can't bear to lose her."
"Wow. You really love her huh dude?"
"Yeah. More than my own soul."
Jika ditanya apa yang istimewa mengenai Kaisha sehinggakan aku jatuh cinta kepadanya, aku mampu menyenaraikan 1001 sebab dan keistimewaan si dia. Dia telah mengubah naluri aku. Naluri yang aku tolak sekeras-kerasnya sejak dibangku persekolahan. Segalanya tampak rapuh dan goyah. Aku sendiri tidak pasti ke mana hala tuju hubungan ini. Namun aku memilih untuk yakin dengan perasaan dia serta perasaan aku sendiri. Aku mahu menikmati setiap saat dengannya selagi rasa sayang masih ada.
Telefon bimbitku dikeluarkan daripada kocek seluar. Aku membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Kaisha, "Sayang, where are you?"
"At your front gate. Keluarlah."
Kaisha menyarung wedges di kakinya dan berlari-lari anak menuju ke kereta aku. Aku menekan pedal minyak bagi membolehkan keretaku meluncur laju di atas jalan raya. Kaisha merenung ke luar tingkap kereta. "You nak bawa i pergi mana ni Daf? Ni macam jalan balik ke rumah you je?". Kaisha mengerutkan dahinya. Aku menjawab soalan dia dengan senyuman.
Setibanya di parking lot condominium, aku keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Kaisha. Memek muka Kaisha masih tidak berubah. Barangkali dia keliru dengan tindakanku yang membawanya ke sini tanpa sebarang penjelasan. Aku menghulurkan tanganku. Dia menyambutnya tanpa ragu-ragu. Aku membawa Kaisha naik ke rumahku yang terletak di aras 18. Pintu rumahku dibuka. Kaisha pantas menutup mulutnya yang sedikit ternganga gara-gara terkejut melihat perubahan drastik ruang tamu aku. Meja makan sudah di alihkan ke tengah-tengah ruang tamu. Setangkai ros merah diletakkan di dalam pasu kaca di atas meja. Lilin lilin aromaterapi di susun menjadi bentuk hati mengelilingi meja. Aku menarik kerusi bagi memberi laluan kepada Kaisha untuk duduk. Kaisha memandang aku dengan rasa tidak percaya. Aku mengambil sejambak bunga dari dalam bilik dan menghulurkannya kepada Kaisha.
"I can't believe you did all this for me. Oh my God. It's so romantic !"
Aku mengusap pipinya. "I would do anything to make my beautiful angel happy. You deserve it. Oh ya. Be right back. Food will be serve in any minute"
Sos carbonara di tuang di atas spaghetti. Beberapa potongan sosej di susun dengan cantik di atasnya. Kemudian, hirisan keju pula di tabur. Setelah berpuas hati, aku membawa hidangan itu ke meja. Aku masuk semula ke dapur untuk mengambil dua gelas yang berisi jus epal kegemaran Kaisha.
"So now kita dah boleh makan. You mesti dah lapar gila kan tengok masakan i yang bertaraf hotel lima bintang tu". Aku tersengih.
Terhambur ketawa Kaisha mendengar pujian masuk bakul angkat sendiri aku tadi. Kaisha mengambil garpu. Spaghetti digulung dan di suakan ke dalam mulutnya. Kaisha memejamkan matanya seketika. "This is incredibly delicious", puji Kaisha.
Aku membuat muka kerek dihadapannya. "See. I've told you just now". Kaisha menggelengkan kepalanya berulang kali sambil tersenyum.
Tiada sisa makanan yang tinggal di atas pinggan. Meja juga sudah dikemas. Aku menyuruh Kaisha duduk berehat sementara aku sibuk mencuci pinggan. Sekembalinya aku ke ruang tamu, Kaisha sedang termenung di balkoni. Dia begitu asyik menyaksikan pemandangan di sekitar tempat tinggalku. Lampu-lampu jalan menghiasi bandaraya Johor Bahru. Aku memeluk tubuhnya dari arah belakang. Terasa hangat serta merta. She put her hand on my hand and lean her head on my chest. Aku berbisik di telinganya.
"You happy tak malam ni?"
Dia mengangguk. "A great candle light dinner. Ni lagi better daripada dinner dekat fancy restaurat. Thank you so much sayang."
Aku memeluknya dengan lebih erat. "I couldn't describe how deep my love towards you through words. I harap apa yang i buat ni dapat buktikan sesuatu dekat you. I love you so much Kaisha Addrina"