Kalih Chapter 4
Sunday, 13 April 2014 | 09:26 | 0 comments
Telefon bimbitku berbunyi beberapa kali. "Aduhh. Siapa pula yang kacau aku pepagi buta ni? Tak boleh ke bagi aku rehat sikit haih", rungutku. Tanganku meraba raba meja yang terletak bersebelahan dengan katil. Aku melihat ke arah skrin telefon. Tertera beberapa misscall daripada Kaisha. Aku segera bangun dan berlari ke bilik air. Entah bagaimana aku boleh terlupa bahawa aku sudah berjanji untuk bertemu dengan Kaisha di Cafe Mariners pada pagi ini. Aku hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja untuk bersiap. Honda Vios milik aku dipecut laju menuju ke pusat bandar. Aku mengerling jam di tangan. Jarum pendek menunjukkan tepat pada pukul 11 pagi. Aku sedar aku sudah satu jam terlewat. Ini benar-benar sudah melanggar prinsip aku selama ini yang menepati waktu.Keretaku di parking berhampiran dengan cafe. Aku sempat membetulkan rambut ku yang agak kusut masai gara-gara tidak sempat untuk disisir rapi. Setelah yakin dengan penampilan diriku, aku melangkah masuk ke dalam Mariners. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke cafe itu. Jujur aku kagum dan terpesona dengan hiasan dalamannya yang berkonsepkan suasana kapal yang akan berlayar di lautan. Sungguh klasik. Aku terlihat kelibat Kaisha di sebuah meja yang terletak di bahagian tengah cafe. Aku menyapa Kaisha dan menarik kerusi yang terletak bertentangan dengannya. Kaisha kelihatan tenang namun aku tetap merasa bersalah kerana membiarkan dia menunggu aku berseorangan di situ. Belum sempat aku menyatakan permohonan maafku, Kaisha sudah memintas. "No need to apologise okay? I tahu you tak sengaja. I'm not even mad at you, sayang"
"But i still feel guilty. As a punishment, i yang akan belanja you harini. You order je anything. It's on me.", balasku seraya mengenyitkan mata.
"As you wish sayang". Kaisha melemparkan senyuman manisnya ke arah aku.
Ahhh. Hati aku berdebar debar mendengar panggilan "sayang" itu. Rasa bahagia sekali. Seumur hidup aku, belum pernah aku rasa sebahagia ini dengan seseorang.
Aku memanggil pelayan. Kaisha memesan sterlion steak bersama light salad manakala aku memesan sepinggan pasta oglio olio. Perutku sudah berkeroncong. Mujur tidak terlalu kuat bunyinya. Setelah hampir 20 minit menunggu, kedua dua pesanan dihidangkan di atas meja kami. Aromanya benar-benar menaikkan seleraku. Bon appetit ! Aku memasukkan suapan demi suapan ke dalam mulutku. Kaisha pula ligat memotong steak kepada cebisan yang lebih kecil. Dia menyuakan sepotong steak ke arah aku. Aku kebingungan.
"Buka lah mulut tu. I nak suapkan.", arah Kaisha.
Aku mengunyah perlahan-lahan. Terasa bagaikan steak itu merupakan steak terbaik yang pernah aku makan. Aku tersipu-sipu malu di situ.
Seusai makan, aku membayar bil di kaunter. Aku dan Kaisha berjalan keluar dari cafe dengan kepuasan yang maksima.
"Where's your car?", soalku.
"I tak drive lah harini. Malas. I naik cab je tadi hehe"
"Oh okay. So, you want to go anywhere or you nak i hantar you balik terus?"
"Up to you lah. It is your car anyway"
"Hm". Muncul pula idea aku secara tiba-tiba. "Get into the car. I nak bawa you ke suatu tempat".
"Where?". Kaisha menaikkan keningnya.
"Adalah hehe". Aku tersenyum simpul.
Aku membawa Kaisha ke rumah keduaku. Sebuah private condominium mewah yang dibeli dan dihadiahkan oleh papa kepada aku sempena hari jadi ku yang ke-20. Aku memimpin tangannya sehingga ke depan pintu rumah. Aku mengeluarkan gugusan kunci dan membuka pintu.
"Please come in". Aku menjemput Kaisha untuk masuk ke dalam.
Dia menoleh ke setiap sudut rumahku. "Ni rumah you ke Daf?"
Aku menganggukkan kepala. "Have a sit. Tunggu sini kejap. I pergi dapur. Nak buat air special for a special guest".
Dua gelas cawan kaca, sekotak serbuk coklat, susu dutch lady, sebungkus coklat chip dan setin vanilla frape diletakkan di atas meja dapur. Pengalaman aku sebagai bekas barista starbucks amat berguna ketika ini. Aku membawa dua gelas minuman ke ruang tamu dan menghulurkan segelas kepada Kaisha. "Chocolate drink?"
"Chocolate cream chip to be exact", jawabku.
"Wow. I'm impressed. Let me guess. You pernah kerja as barista, right?"
"Haha yup. Ten marks for you".
Aku duduk bersebelahan dengan Kaisha sambil menonton televisyen. Baru sahaja adegan Fizo Omar hendak ditayangkan, Kaisha sudah mengambil remote control dan mematikan siaran.
Kaisha menoleh ke arahku. "Look at me Daf and be honest with me. No more berselindung".
Aku hanya mampu melemparkan pandangan yang membawa maksud what-the-fuck-is-going-on-here.
Kaisha mendekatkan wajahnya dan bibir kami bertemu. Dia mengucup aku dengan lembut. Aku menarik pinggangnya dan dia jatuh ke dalam dakapan aku. Dia meleraikan kucupannya.
Kaisha meletakkan tangannya di atas pehaku. "Do you love me?". Dia memandang tepat ke dalam anak mata aku. Aku terdiam sejenak. "Yes i do.", jawabku dengan yakin. Dulu aku ragu-ragu. Namun kini aku sudah pasti dengan jawapan, hati dan perasaan aku sendiri. Aku tak boleh menafikan yang aku sudah terlanjur menyayangi Kaisha lebih daripada sekadar kawan. Aku menarik tangan si dia dan meletakkan di dadaku. "Kaisha... Would you stay in here, like a tattoo? Be mine?"
"Oh God ! I've been waiting for this. Yes, my dear. The answer is YES !". Dia mengucup aku sekali lagi. Kali ini, lebih lama dan lebih bermakna.