Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
Decent
Sunday, 14 December 2014 | 12:32 | 0 comments
Handphone berjenama Sony di capai dari atas meja. Dia membuka aplikasi front kamera dan wajah kami berdua tertera di skrin phone. "Weh nak tengok mana ni?", aku bertanya dengan nada keliru. Soalan aku di biarkan tanpa sebarang jawapan. Klikkkk ! Aku belum bersedia pon lagi ! Bengang betul aku. Muka aku nampak pelik dalam gambar tu tapi aku biarkan sahaja. Malas mahu bertikam lidah. Gambar selfie yang baru sahaja di ambil tadi terus di upload ke dalam instagram dia. Di ruang caption, tertulis "walaupun you juling, i tetap sayang you" bersama hashtag #MyBoyfriend. Aku tahu dia cuma bergurau. Tapi selepas saat itulah kisah "percintaan" antara aku dan dia di kolej bermula.

Hari-hari seterusnya, kami jadi semakin rapat. Kau tahu, bagaikan aur dengan tebing? Aku tahu peribahasa tu tak sesuai untuk menggambarkan hubungan kitorang tapi aku tetap nak kau orang bayangkan juga yang kitorang ni rapat macam tu lah hahaha. Pergi ke kelas bersama, di dalam kelas duduk bersebelahan, pergi breakfast di cafe bersama, jalan balik ke hostel bersama. Boleh di katakan semua perkara kami lakukan bersama lah (kecuali masuk ke tandas lol). Dia menganggap aku ni boyfriend dia dan vice versa. Walaupun tanpa declare dan hubungan "boyfriend-girlfriend" ni unreal, aku dapat rasa yang dia ada perasaan terhadap aku. Cara dia melayan aku, cara dia bercerita mengenai aku kepada roommate dia, cara dia mention aku di twitter, cara dia membalas whatsapp aku - bukan nak perasan lah kan, tapi aku yakin dia syok dekat aku.

Aku masih ingat moment ketika aku sleepover di rumah dia bersama dua lagi classmate kitorang. Mereka sudah nyenyak tidur di dalam bilik. Manakala aku dan dia masih ada di ruang tamu, menonton rancangan realiti tv korea. Aku berbaring di sebelah dia yang sedang mengiring ke kanan. Spontan aku berpusing dan memeluk tubuh dia dari arah belakang. Dia tidak menolak tangan aku mahupun berkata apa-apa. Akhirnya kitorang tertidur di depan tv.

Aku berjalan menuruni anak tangga blok hostel aku menuju ke arah wakaf yang terletak di hadapan blok D. Aku melihat ke arah jam tangan. 7.50 pagi. Phone di keluarkan dari kocek dan aku segera menghantar whatsapp kepada dia, "Baby i dah dekat bawah ni". Beberapa saat kemudian, phone aku vibrate. "Jap. Tengah pakai tudung ni", ringkas je reply dari dia. Aku tetap sabar menunggu walaupun dia sudah lewat 20 minit. Dari jauh aku dapat lihat sesusuk tubuh seorang perempuan sedang berjalan melewati kawasan Dewan Makan. Tubuhnya bersaiz S, ada body curve dan mempunyai sepasang buah dada yang kecil tapi dia kelihatan sempurna di mata aku. Ye, dari jauh aku sudah tahu yang sedang berjalan itu adalah dia. Bidadari yang aku rasakan telah di hantar khas dari syurga untuk aku. Aku memerhati lenggok dia ketika berjalan. Tampak kasar. Sekasar suaranya. "Hye sayang. Sorry lambat. Tudung ni haa buat hal haih susah betul nak jadi perfect". Aku hanya mampu mengangguk. Sukar nak memahami penderitaan perempuan yang bertudung ni haha. Tudung senget lah, pin tak betul lah, muncung tudung tak diri tegak lah, pe lancau lah. Serabut betul ! Kami berjalan beriringan ke kelas. Tetap santai walaupun pada hakikatnya kelas akan start pada pukul 8.15 pagi dan waktu itu jam sudah menunjukkan ke arah 8.10 pagi. 5 minit sahaja yang tinggal untuk berjalan ke kelas yang jauh nohorom tu. Pe de hal masuk kelas lambat, lecturer kami baik-baik belaka (jangan tiru aksi ini). Kelas yang pertama berakhir pada pukul 10.05 dan kelas seterusnya akan bermula dalam 10 minit lagi. Aku dan semua classmate berpakat untuk breakfast dulu di cafe sebelum masuk ke kelas kimia. Last-last kami sampai ke lab 30 minit kemudian. Nakal kan kelas aku? Haha. Kelas lab di gantikan dengan kuliah jadi kami di benarkan duduk secara ikut suka. Aku dan dia berkesempatan untuk duduk semeja. Ketika lecturer sedang memberi kuliah di hadapan, aku dan 5 orang lagi buat hal sendiri di belakang. Mende entah yang lecturer tu bebel. Satu hape pon kitorang tak faham. Suddenly dia tegur pasal bintik-bintik merah yang ada di tangan aku. "Eh kenapa ada bintik air ni dekat tangan you?", jelas ada nada risau pada datar suaranya.
"I pon tak tahu lah. Gatal. Since semalam bintik ni naik"
    "I rasa ni chicken pox lah. Serious ni. I pernah kena dulu masa kecik. I yakin ni chicken pox."
"Gosh serious ahh?!"
    "You should go to medec now. I'll talk to sir"
Dia berjalan ke arah lecturer dan berpatah balik ke meja after a minute. Dia mencebik,
"Babe i nak teman you tapi sir benarkan you sorang je keluar dari kelas. Sorry".
      "Nevermind. I pergi sorang je. I okay lah. No worries."
"Hm okay. Go now. Ada pape whatsapp i"
Panas terik di luar. Kalau bukan sebab dia yang beriya-iya risaukan aku and suruh aku pergi medec, tak ada maknanya aku nak berjalan bawah panas matahari ni. Better aku duduk dalam lab main game senyap-senyap. Perjalanan ke medec mengambil masa 10 minit. Aku di sambut oleh staff di bahagian kaunter. "Adik ni pertama kali ke datang medec?", staff lelaki yang bertubuh gempal bertanya kepada aku. Aku mengangguk. "Bukan dah banyak kali ke? Macam sebelum sebelum ni awak ada datang sini nak mintak mc.". Aku rasa macam di sindir. Fuhh panas jugak lah hati aku tapi aku diam je lah atas dasar hormat pada orang lebih tua. Kad kesihatan pelajar di berikan kepada aku untuk di bawa masuk sekali ke dalam bilik doktor. Namun yang memeriksa aku hanya berpangkat penolong pegawai perubatan. Pegawai itu cakap aku hanya allergic pada sesuatu. So aku di bekal kan dengan ubat sapu dan dua jenis pil. Lambat lambat aku berjalan balik ke lab. Di luar lab, aku membuka zip beg dia dan mengambil buku nota biology dari dalam beg. Aku menulis nota ringkas di kertas kecil lalu aku selitkan kertas tu di muka surat terakhir lantas aku letakkan kembali buku itu di tempat asalnya. Malam tu aku berbalas whatsapp dengan dia.
"Baby, i rasa pegawai tu tak check betul-betul lah. Takkan lah allergic. Tu bintik chicken pox. I tahu lah sebab i pernah kena dulu"
"Entah lah. I pon pelik jugak sebab i mana ada allergic pada makanan"
"Esok after kelas bio, you pergi lah klinik dekat bandar. Biar doctor betul yang check."
"Mm ye lah esok i pergi"
"Promise eh you pergi. Jangan tak pergi pulak. I risau pasal you"
"Ye i janji i pergi klinik esok. Btw take a look at the back of your biology book"
"Hah? Ada apa?"
.............

Thanks sebab care pasal i. You're the best girlfriend ever. 
I love you to the moon, across the pluto and back haha

"Oh my God sweetnya you. Thanks for the note baby. I wish my future boyfriend will be like you"
"One day, you'll found the right man that will love you truly because you deserve it"
"Yaa hopefully hm"
"Hey chin up my dear. I kan ada. You know i love you kan?"
"Haha ye i tahu"
Instagram feed penuh dengan gambar gambar dari acc lain yang aku follow. Salah satu daripadanya ialah gambar sebuah conversation. Aku kenal benar dengan ayat-ayat dalam gambar conversation yang di screen grab dari whatsapp. Walaupun sudah di crop nama, aku tahu penghantar whatsapp itu adalah aku. Mata aku menjurus ke arah ruang caption yang terletak di bawah gambar.

The reason i love you is you
being you
just you
yeah the reason i love you is all that we've been through
and that's why i love you.

Thanks for the note boyfriend. I love you across the moon and back !

Aku tersenyum sendiri di meja belajar. Bahagia sangat !


Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody