Cool Life (ˆ⌣ˆ)/
Chapter 1 ; Lucky
Monday, 23 March 2015 | 11:08 | 0 comments
          Started with just a simple hello & who knows it would change into something big haha well sometimes Twitter can change someone's life. Either in a negative way or a positive one. Depends on how you use it. As for me, i'm lucky enough to met someone that could steal my heart away & added colours into my life all over again after a very dull years before. We get to know each other through random conversation on Twitter then it continued to an application called Whatsapp. Kudos to me for the courage to ask for her number haha So the so-called journey to get to know her lagi mendalam started when we whatsapp-ing each other everyday & talking on the phone. At first, aku rasa dia ni macam interesting lah. I don't know why but there's something bout her yang buat aku rasa tertarik, yang buat aku rasa nak reply whatsapp dia secepat yang boleh, yang buat aku nak tahu everything pasal diri dia. Then one day, we decided to met. I came to fetch her at her house. She was wearing a tudung bawal (i can't remember what colour is it) when she get inside my car then she suddenly bukak tudung. Tak terkejut lah because i have that kind of friend so i understand her action very well. She have quite a nice long hair. I didn't really have the guts to look at her face that time. Like, i'm too busy trying to calm my ass down due to overly adrenaline rush. Aku just pandang sekilas je then i continued my driving as fast as i can to SIGS. I have had made a promise with Khia to met her that afternoon. Before Khia came out from the school's gate, she literally turn her body, facing me & she stare at my face. We talked bout random things and dia letak tangan dia atas bahu aku. In a very flirty way. I was like the fuck did she just touch my shoulder omg this girl ahh really making me nervous siak. I acted cool af infront of her. Then we went to Uda to grab our lunch together. She insisted to pay for our meal. Damned it i don't really fancy that but nevermind lah. Rezeki jangan ditolak lol Blablabla skip this shit.
          The next thing i know, i had a crush on her. I don't even fucking know how or why. It just....happen. That feeling came & i want her. Only her. I fucking like her so damn much lah siak. It didn't even make any sense because she ain't that pretty or even close to my ideal type of girl. The worst part is, i already got warned by few of my friend bout her. But still, aku tolak tepi semua tu and i want her to be mine. So i tried to catch her attention by waking up early in the morning just to reply her whatsapp. But it didn't effective enough.
           On 18th February, we went for our very first date at Jusco Bukit Indah. I came to her office at noon as she was working half day. Oh not to forget, two hours before that i went to a florist and bought a bouquet of roses. Not really a bouquet lah, just 3 tangkai je. It stands for "I like you". I gave the flower to her. Unexpectedly she gave a really different respond than what i had imagined a night before lmao poor little eyin. I felt like my percentage to win her heart dropped bout 30%. But i still refused to gave up. So i took her to Beanieplex hall cinema to watch Kingsman ; The Secret Service. She was the first girl that i took into that special hall. She's special to me so she deserved to get special treatment ;) After the movie ended, i quickly drove to send her back to her office. She waited for her father outside while i park my car literally infront of her and i just stare at her, silently i said to myself, "Aku suka kau. Please notice me. I'm right infront of you".
        After that, something tragic happen. She hardly friend-zoned me. She choose to chase over her crush. I was heartbroken as fuck. My old habit came back out of sudden. I punched the wall till my knuckles were swollen. Meroyan lah sebab aku memang betul betul nakkan dia but she pushed me away. My friend were mad at her. Siap bagi warning dekat dia. My bestfriend pulak ask me to be patient, to give more effort as by time passed, dia akan nampak jugak usaha aku. I don't know what should i do next. Give up or just wait. By the time i nearly decided to accept the fact that we were not meant to be together, she called me, she said she wanted to talk to me. Again, unexpectedly she asked me for a chance to accept her. I still remember her words. Not exactly all the words lah but i remember the content.

"Apa yang you nak sebenarnya?"
   "I don't really know what i want right now but one thing lah.... i nak you"
"Oh so?"
   "So apa?"
"You kata nak i. So apa you nak buat lepastu?"

I proposed her. She said YES. I was speechless as fuck. I asked her again and her answer was still the same.
        21st February, she became officially mine.

Decent
Sunday, 14 December 2014 | 12:32 | 0 comments
Handphone berjenama Sony di capai dari atas meja. Dia membuka aplikasi front kamera dan wajah kami berdua tertera di skrin phone. "Weh nak tengok mana ni?", aku bertanya dengan nada keliru. Soalan aku di biarkan tanpa sebarang jawapan. Klikkkk ! Aku belum bersedia pon lagi ! Bengang betul aku. Muka aku nampak pelik dalam gambar tu tapi aku biarkan sahaja. Malas mahu bertikam lidah. Gambar selfie yang baru sahaja di ambil tadi terus di upload ke dalam instagram dia. Di ruang caption, tertulis "walaupun you juling, i tetap sayang you" bersama hashtag #MyBoyfriend. Aku tahu dia cuma bergurau. Tapi selepas saat itulah kisah "percintaan" antara aku dan dia di kolej bermula.

Hari-hari seterusnya, kami jadi semakin rapat. Kau tahu, bagaikan aur dengan tebing? Aku tahu peribahasa tu tak sesuai untuk menggambarkan hubungan kitorang tapi aku tetap nak kau orang bayangkan juga yang kitorang ni rapat macam tu lah hahaha. Pergi ke kelas bersama, di dalam kelas duduk bersebelahan, pergi breakfast di cafe bersama, jalan balik ke hostel bersama. Boleh di katakan semua perkara kami lakukan bersama lah (kecuali masuk ke tandas lol). Dia menganggap aku ni boyfriend dia dan vice versa. Walaupun tanpa declare dan hubungan "boyfriend-girlfriend" ni unreal, aku dapat rasa yang dia ada perasaan terhadap aku. Cara dia melayan aku, cara dia bercerita mengenai aku kepada roommate dia, cara dia mention aku di twitter, cara dia membalas whatsapp aku - bukan nak perasan lah kan, tapi aku yakin dia syok dekat aku.

Aku masih ingat moment ketika aku sleepover di rumah dia bersama dua lagi classmate kitorang. Mereka sudah nyenyak tidur di dalam bilik. Manakala aku dan dia masih ada di ruang tamu, menonton rancangan realiti tv korea. Aku berbaring di sebelah dia yang sedang mengiring ke kanan. Spontan aku berpusing dan memeluk tubuh dia dari arah belakang. Dia tidak menolak tangan aku mahupun berkata apa-apa. Akhirnya kitorang tertidur di depan tv.

Aku berjalan menuruni anak tangga blok hostel aku menuju ke arah wakaf yang terletak di hadapan blok D. Aku melihat ke arah jam tangan. 7.50 pagi. Phone di keluarkan dari kocek dan aku segera menghantar whatsapp kepada dia, "Baby i dah dekat bawah ni". Beberapa saat kemudian, phone aku vibrate. "Jap. Tengah pakai tudung ni", ringkas je reply dari dia. Aku tetap sabar menunggu walaupun dia sudah lewat 20 minit. Dari jauh aku dapat lihat sesusuk tubuh seorang perempuan sedang berjalan melewati kawasan Dewan Makan. Tubuhnya bersaiz S, ada body curve dan mempunyai sepasang buah dada yang kecil tapi dia kelihatan sempurna di mata aku. Ye, dari jauh aku sudah tahu yang sedang berjalan itu adalah dia. Bidadari yang aku rasakan telah di hantar khas dari syurga untuk aku. Aku memerhati lenggok dia ketika berjalan. Tampak kasar. Sekasar suaranya. "Hye sayang. Sorry lambat. Tudung ni haa buat hal haih susah betul nak jadi perfect". Aku hanya mampu mengangguk. Sukar nak memahami penderitaan perempuan yang bertudung ni haha. Tudung senget lah, pin tak betul lah, muncung tudung tak diri tegak lah, pe lancau lah. Serabut betul ! Kami berjalan beriringan ke kelas. Tetap santai walaupun pada hakikatnya kelas akan start pada pukul 8.15 pagi dan waktu itu jam sudah menunjukkan ke arah 8.10 pagi. 5 minit sahaja yang tinggal untuk berjalan ke kelas yang jauh nohorom tu. Pe de hal masuk kelas lambat, lecturer kami baik-baik belaka (jangan tiru aksi ini). Kelas yang pertama berakhir pada pukul 10.05 dan kelas seterusnya akan bermula dalam 10 minit lagi. Aku dan semua classmate berpakat untuk breakfast dulu di cafe sebelum masuk ke kelas kimia. Last-last kami sampai ke lab 30 minit kemudian. Nakal kan kelas aku? Haha. Kelas lab di gantikan dengan kuliah jadi kami di benarkan duduk secara ikut suka. Aku dan dia berkesempatan untuk duduk semeja. Ketika lecturer sedang memberi kuliah di hadapan, aku dan 5 orang lagi buat hal sendiri di belakang. Mende entah yang lecturer tu bebel. Satu hape pon kitorang tak faham. Suddenly dia tegur pasal bintik-bintik merah yang ada di tangan aku. "Eh kenapa ada bintik air ni dekat tangan you?", jelas ada nada risau pada datar suaranya.
"I pon tak tahu lah. Gatal. Since semalam bintik ni naik"
    "I rasa ni chicken pox lah. Serious ni. I pernah kena dulu masa kecik. I yakin ni chicken pox."
"Gosh serious ahh?!"
    "You should go to medec now. I'll talk to sir"
Dia berjalan ke arah lecturer dan berpatah balik ke meja after a minute. Dia mencebik,
"Babe i nak teman you tapi sir benarkan you sorang je keluar dari kelas. Sorry".
      "Nevermind. I pergi sorang je. I okay lah. No worries."
"Hm okay. Go now. Ada pape whatsapp i"
Panas terik di luar. Kalau bukan sebab dia yang beriya-iya risaukan aku and suruh aku pergi medec, tak ada maknanya aku nak berjalan bawah panas matahari ni. Better aku duduk dalam lab main game senyap-senyap. Perjalanan ke medec mengambil masa 10 minit. Aku di sambut oleh staff di bahagian kaunter. "Adik ni pertama kali ke datang medec?", staff lelaki yang bertubuh gempal bertanya kepada aku. Aku mengangguk. "Bukan dah banyak kali ke? Macam sebelum sebelum ni awak ada datang sini nak mintak mc.". Aku rasa macam di sindir. Fuhh panas jugak lah hati aku tapi aku diam je lah atas dasar hormat pada orang lebih tua. Kad kesihatan pelajar di berikan kepada aku untuk di bawa masuk sekali ke dalam bilik doktor. Namun yang memeriksa aku hanya berpangkat penolong pegawai perubatan. Pegawai itu cakap aku hanya allergic pada sesuatu. So aku di bekal kan dengan ubat sapu dan dua jenis pil. Lambat lambat aku berjalan balik ke lab. Di luar lab, aku membuka zip beg dia dan mengambil buku nota biology dari dalam beg. Aku menulis nota ringkas di kertas kecil lalu aku selitkan kertas tu di muka surat terakhir lantas aku letakkan kembali buku itu di tempat asalnya. Malam tu aku berbalas whatsapp dengan dia.
"Baby, i rasa pegawai tu tak check betul-betul lah. Takkan lah allergic. Tu bintik chicken pox. I tahu lah sebab i pernah kena dulu"
"Entah lah. I pon pelik jugak sebab i mana ada allergic pada makanan"
"Esok after kelas bio, you pergi lah klinik dekat bandar. Biar doctor betul yang check."
"Mm ye lah esok i pergi"
"Promise eh you pergi. Jangan tak pergi pulak. I risau pasal you"
"Ye i janji i pergi klinik esok. Btw take a look at the back of your biology book"
"Hah? Ada apa?"
.............

Thanks sebab care pasal i. You're the best girlfriend ever. 
I love you to the moon, across the pluto and back haha

"Oh my God sweetnya you. Thanks for the note baby. I wish my future boyfriend will be like you"
"One day, you'll found the right man that will love you truly because you deserve it"
"Yaa hopefully hm"
"Hey chin up my dear. I kan ada. You know i love you kan?"
"Haha ye i tahu"
Instagram feed penuh dengan gambar gambar dari acc lain yang aku follow. Salah satu daripadanya ialah gambar sebuah conversation. Aku kenal benar dengan ayat-ayat dalam gambar conversation yang di screen grab dari whatsapp. Walaupun sudah di crop nama, aku tahu penghantar whatsapp itu adalah aku. Mata aku menjurus ke arah ruang caption yang terletak di bawah gambar.

The reason i love you is you
being you
just you
yeah the reason i love you is all that we've been through
and that's why i love you.

Thanks for the note boyfriend. I love you across the moon and back !

Aku tersenyum sendiri di meja belajar. Bahagia sangat !

Happiness In Jengka
Saturday, 6 September 2014 | 00:05 | 0 comments
Masa mula-mula menjejakkan kaki ke UITM Jengka ni, aku sendirian. Langsung tak kenal sesiapa dekat sini. Then bila masuk bilik B201, aku berkenalan dengan Ieyna, Syira dan Ayunie. Siapa sangka kami boleh jadi rapat dalam masa yang singkat. Lagipon mak aku pesan "buat baik dengan roommate kau. Diorang kira siblings kau bila dekat sini". Ye, aku masih pegang kata-kata mak aku. Now, they are like my sisters. Mak, mak tiri dan kakak yang aku selalu buli hahahaha. Jujur aku cakap, kitorang pernah berselisih faham, tak bertegur sapa, bebel membebel with perangai each other. But selalu bila kemas bilik, kitorang cooperate nicely. That's why bilik kitorang ni selesa. It does feels like home. Jiran dorm pon baik-baik belaka. Ikah, Dhiera, Ifah, Ain, Aunty Pyka, Bergedil, Nolly, Ainun, Mama Liz, Nuha, Hajar, Fina, Aisyah, Aliyah etc. Diorang ni lah selalu jadi mangsa sakat aku. Ikah and bergedil lah yang paling teruk kena sakat haha seronok gila kacau diorang ni.
Cakap pasal classmates, i have the most awesome classmates ever ! Balik dari kelas memang tak pernah senyap masa perjalanan. Ketawa kuat-kuat, berselfie, nyanyi ramai-ramai. Sakit otak memasing haha sumpah weh aku sayang gila diorang semua. Fanad, Fatin, Ieyna, Iyla, Ieda, Izzy, Nana, Farah, Nurul, Tirah, Ikah, Yuni, Hanis K, Zera, Aina, Hanis, Zul, Taufik, Faris, Aiman & Salman. Although selalu bertekak dekat dalam group whatsapp, selalu marah-marah each other, selalu menganjing orang, we're still a big family. And its sadden me bila next sem family ni akan berpecah sebab half akan transfer ke Tapah while the other half stay dekat sini. It won't feel the same anymore. Rasa incomplete sangat. Bukan setakat sedih berpisah dengan classmates, but also tak dapat jumpa Mak, Ikah, Marina and lots of people yang aku kenal masa dekat Jengka ni lagi dah lepasni. Aku sendiri tak pasti either akan dapat jumpa orang yang sama baik ke tak masa dekat Tapah nanti. But no matter what, aku takkan lupakan budak budak Jengka. Our memories together sepanjang Sem 1 ni aku akan simpan baik-baik.
3
3
Hhhmm :'(
Kalih Chapter 5
Tuesday, 15 April 2014 | 07:59 | 0 comments
Aku memandang Syaf dengan mata yang bersinar-sinar. "I've fall in love with her, Syaf ! I'm in a bed of roses !". Syaf menumbuk perlahan bahuku.
"Congratulation bro. Aku tak pernah tengok kau se-happy ni".
"Thanks to you. Kau yang suruh aku terima Kaisha dalam hidup aku kan? Thank you buddy."
"Tu lah gunanya kawan, right? Haha. Well, what makes you suddenly change your mind bout her?", soal Syaf.
Aku mendongak ke langit dan membayangkan wajah Kaisha. "I don't know man. She's a special girl. Her smile could brighten up my day. Bila dia gelak....comel sangat ! Plus the way she talk, the way she walk... Ahhh my heart raced every time i saw her. And out of sudden, i feel like i can't live without her. Eventhough for one day. Now, i can't bear to lose her."
"Wow. You really love her huh dude?"
"Yeah. More than my own soul."
Jika ditanya apa yang istimewa mengenai Kaisha sehinggakan aku jatuh cinta kepadanya, aku mampu menyenaraikan 1001 sebab dan keistimewaan si dia. Dia telah mengubah naluri aku. Naluri yang aku tolak sekeras-kerasnya sejak dibangku persekolahan. Segalanya tampak rapuh dan goyah. Aku sendiri tidak pasti ke mana hala tuju hubungan ini. Namun aku memilih untuk yakin dengan perasaan dia serta perasaan aku sendiri. Aku mahu menikmati setiap saat dengannya selagi rasa sayang masih ada.
Telefon bimbitku dikeluarkan daripada kocek seluar. Aku membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Kaisha, "Sayang, where are you?"
"At your front gate. Keluarlah."
Kaisha menyarung wedges di kakinya dan berlari-lari anak menuju ke kereta aku. Aku menekan pedal minyak bagi membolehkan keretaku meluncur laju di atas jalan raya. Kaisha merenung ke luar tingkap kereta. "You nak bawa i pergi mana ni Daf? Ni macam jalan balik ke rumah you je?". Kaisha mengerutkan dahinya. Aku menjawab soalan dia dengan senyuman.
Setibanya di parking lot condominium, aku keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Kaisha. Memek muka Kaisha masih tidak berubah. Barangkali dia keliru dengan tindakanku yang membawanya ke sini tanpa sebarang penjelasan. Aku menghulurkan tanganku. Dia menyambutnya tanpa ragu-ragu. Aku membawa Kaisha naik ke rumahku yang terletak di aras 18. Pintu rumahku dibuka. Kaisha pantas menutup mulutnya yang sedikit ternganga gara-gara terkejut melihat perubahan drastik ruang tamu aku. Meja makan sudah di alihkan ke tengah-tengah ruang tamu. Setangkai ros merah diletakkan di dalam pasu kaca di atas meja. Lilin lilin aromaterapi di susun menjadi bentuk hati mengelilingi meja. Aku menarik kerusi bagi memberi laluan kepada Kaisha untuk duduk. Kaisha memandang aku dengan rasa tidak percaya. Aku mengambil sejambak bunga dari dalam bilik dan menghulurkannya kepada Kaisha.
"I can't believe you did all this for me. Oh my God. It's so romantic !"
Aku mengusap pipinya. "I would do anything to make my beautiful angel happy. You deserve it. Oh ya. Be right back. Food will be serve in any minute"
Sos carbonara di tuang di atas spaghetti. Beberapa potongan sosej di susun dengan cantik di atasnya. Kemudian, hirisan keju pula di tabur. Setelah berpuas hati, aku membawa hidangan itu ke meja. Aku masuk semula ke dapur untuk mengambil dua gelas yang berisi jus epal kegemaran Kaisha.
"So now kita dah boleh makan. You mesti dah lapar gila kan tengok masakan i yang bertaraf hotel lima bintang tu". Aku tersengih.
Terhambur ketawa Kaisha mendengar pujian masuk bakul angkat sendiri aku tadi. Kaisha mengambil garpu. Spaghetti digulung dan di suakan ke dalam mulutnya. Kaisha memejamkan matanya seketika. "This is incredibly delicious", puji Kaisha.
Aku membuat muka kerek dihadapannya. "See. I've told you just now". Kaisha menggelengkan kepalanya berulang kali sambil tersenyum.
Tiada sisa makanan yang tinggal di atas pinggan. Meja juga sudah dikemas. Aku menyuruh Kaisha duduk berehat sementara aku sibuk mencuci pinggan. Sekembalinya aku ke ruang tamu, Kaisha sedang termenung di balkoni. Dia begitu asyik menyaksikan pemandangan di sekitar tempat tinggalku. Lampu-lampu jalan menghiasi bandaraya Johor Bahru. Aku memeluk tubuhnya dari arah belakang. Terasa hangat serta merta. She put her hand on my hand and lean her head on my chest. Aku berbisik di telinganya.
"You happy tak malam ni?"
Dia mengangguk. "A great candle light dinner. Ni lagi better daripada dinner dekat fancy restaurat. Thank you so much sayang."
Aku memeluknya dengan lebih erat. "I couldn't describe how deep my love towards you through words. I harap apa yang i buat ni dapat buktikan sesuatu dekat you. I love you so much Kaisha Addrina"

Kalih Chapter 4
Sunday, 13 April 2014 | 09:26 | 0 comments
Telefon bimbitku berbunyi beberapa kali. "Aduhh. Siapa pula yang kacau aku pepagi buta ni? Tak boleh ke bagi aku rehat sikit haih", rungutku. Tanganku meraba raba meja yang terletak bersebelahan dengan katil. Aku melihat ke arah skrin telefon. Tertera beberapa misscall daripada Kaisha. Aku segera bangun dan berlari ke bilik air. Entah bagaimana aku boleh terlupa bahawa aku sudah berjanji untuk bertemu dengan Kaisha di Cafe Mariners pada pagi ini. Aku hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja untuk bersiap. Honda Vios milik aku dipecut laju menuju ke pusat bandar. Aku mengerling jam di tangan. Jarum pendek menunjukkan tepat pada pukul 11 pagi. Aku sedar aku sudah satu jam terlewat. Ini benar-benar sudah melanggar prinsip aku selama ini yang menepati waktu.
Keretaku di parking berhampiran dengan cafe. Aku sempat membetulkan rambut ku yang agak kusut masai gara-gara tidak sempat untuk disisir rapi. Setelah yakin dengan penampilan diriku, aku melangkah masuk ke dalam Mariners. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke cafe itu. Jujur aku kagum dan terpesona dengan hiasan dalamannya yang berkonsepkan suasana kapal yang akan berlayar di lautan. Sungguh klasik. Aku terlihat kelibat Kaisha di sebuah meja yang terletak di bahagian tengah cafe. Aku menyapa Kaisha dan menarik kerusi yang terletak bertentangan dengannya. Kaisha kelihatan tenang namun aku tetap merasa bersalah kerana membiarkan dia menunggu aku berseorangan di situ. Belum sempat aku menyatakan permohonan maafku, Kaisha sudah memintas. "No need to apologise okay? I tahu you tak sengaja. I'm not even mad at you, sayang"
        "But i still feel guilty. As a punishment, i yang akan belanja you harini. You order je anything. It's on me.", balasku seraya mengenyitkan mata.
"As you wish sayang". Kaisha melemparkan senyuman manisnya ke arah aku.
Ahhh. Hati aku berdebar debar mendengar panggilan "sayang" itu. Rasa bahagia sekali. Seumur hidup aku, belum pernah aku rasa sebahagia ini dengan seseorang.
Aku memanggil pelayan. Kaisha memesan sterlion steak bersama light salad manakala aku memesan sepinggan pasta oglio olio. Perutku sudah berkeroncong. Mujur tidak terlalu kuat bunyinya. Setelah hampir 20 minit menunggu, kedua dua pesanan dihidangkan di atas meja kami. Aromanya benar-benar menaikkan seleraku. Bon appetit ! Aku memasukkan suapan demi suapan ke dalam mulutku. Kaisha pula ligat memotong steak kepada cebisan yang lebih kecil. Dia menyuakan sepotong steak ke arah aku. Aku kebingungan.
"Buka lah mulut tu. I nak suapkan.", arah Kaisha.
Aku mengunyah perlahan-lahan. Terasa bagaikan steak itu merupakan steak terbaik yang pernah aku makan. Aku tersipu-sipu malu di situ.
Seusai makan, aku membayar bil di kaunter. Aku dan Kaisha berjalan keluar dari cafe dengan kepuasan yang maksima.
"Where's your car?", soalku.
"I tak drive lah harini. Malas. I naik cab je tadi hehe"
"Oh okay. So, you want to go anywhere or you nak i hantar you balik terus?"
"Up to you lah. It is your car anyway"
"Hm". Muncul pula idea aku secara tiba-tiba. "Get into the car. I nak bawa you ke suatu tempat".
"Where?". Kaisha menaikkan keningnya.
"Adalah hehe". Aku tersenyum simpul.
Aku membawa Kaisha ke rumah keduaku. Sebuah private condominium mewah yang dibeli dan dihadiahkan oleh papa kepada aku sempena hari jadi ku yang ke-20. Aku memimpin tangannya sehingga ke depan pintu rumah. Aku mengeluarkan gugusan kunci dan membuka pintu.
"Please come in". Aku menjemput Kaisha untuk masuk ke dalam.
Dia menoleh ke setiap sudut rumahku. "Ni rumah you ke Daf?"
Aku menganggukkan kepala. "Have a sit. Tunggu sini kejap. I pergi dapur. Nak buat air special for a special guest".
Dua gelas cawan kaca, sekotak serbuk coklat, susu dutch lady, sebungkus coklat chip dan setin vanilla frape diletakkan di atas meja dapur. Pengalaman aku sebagai bekas barista starbucks amat berguna ketika ini. Aku membawa dua gelas minuman ke ruang tamu dan menghulurkan segelas kepada Kaisha. "Chocolate drink?"
"Chocolate cream chip to be exact", jawabku.
"Wow. I'm impressed. Let me guess. You pernah kerja as barista, right?"
"Haha yup. Ten marks for you".
Aku duduk bersebelahan dengan Kaisha sambil menonton televisyen. Baru sahaja adegan Fizo Omar hendak ditayangkan, Kaisha sudah mengambil remote control dan mematikan siaran.
Kaisha menoleh ke arahku. "Look at me Daf and be honest with me. No more berselindung".
Aku hanya mampu melemparkan pandangan yang membawa maksud what-the-fuck-is-going-on-here.
Kaisha mendekatkan wajahnya dan bibir kami bertemu. Dia mengucup aku dengan lembut. Aku menarik pinggangnya dan dia jatuh ke dalam dakapan aku. Dia meleraikan kucupannya.
Kaisha meletakkan tangannya di atas pehaku. "Do you love me?". Dia memandang tepat ke dalam anak mata aku. Aku terdiam sejenak. "Yes i do.", jawabku dengan yakin. Dulu aku ragu-ragu. Namun kini aku sudah pasti dengan jawapan, hati dan perasaan aku sendiri. Aku tak boleh menafikan yang aku sudah terlanjur menyayangi Kaisha lebih daripada sekadar kawan. Aku menarik tangan si dia dan meletakkan di dadaku. "Kaisha... Would you stay in here, like a tattoo? Be mine?"
"Oh God ! I've been waiting for this. Yes, my dear. The answer is YES !". Dia mengucup aku sekali lagi. Kali ini, lebih lama dan lebih bermakna.
Kalih Chapter 3
Wednesday, 19 March 2014 | 09:03 | 0 comments
Pagi-pagi lagi aku sudah bangkit dari katil dan bersiap untuk keluar. Ini semua gara-gara Syaf yang mengajak aku pergi ke AEON Bukit Indah untuk menemaninya membeli sepasang kasut baharu. Pada mulanya aku layankan aje. Tapi sebaik saja Syaf memberitahu aku yang dia sudah mengajak Kaisha bersama-sama, mood aku terus melayang. Entah kenapa, sejak dari 'kejadian' malam tu, aku seakan akan mahu mengelakkan diri daripada Kaisha. Panggilan telefon dari dia juga dibiarkan tidak berangkat. Aku keliru. Seakan akan tak ready untuk memandang wajah cantiknya sekali lagi.
Aku mengenakan kemeja two-toned dan jeans acid wash serta sepasang nike stefan janoski berwarna hitam di tubuhku. Cukup bergaya untuk menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah yang mewah itu. Selepas hampir tiga puluh lima minit bersiap, aku melangkah laju menuruni anak tangga. Ketika melintasi ruang tamu, aku bertembung dengan mama. "Haa nak pergi mana lah tu.", tegur mama seraya memegang lenganku. "Eerr Daf nak pergi Jusco. Dengan Syaf. Boleh kan Ma?", jawab aku sambil tersengih. "Tunggu sini kejap.", arah mama. Sejurus kemudian mama kembali semula dengan membawa satu sampul putih. Dia menghulurkan sampul itu kepada aku. "Apa ni Ma?", soalku. "Papa pergi UK seminggu. Dia tinggalkan awak duit belanja ni. Dia tak sempat nak transfer ke dalam account awak. Jangan boros !", pesan mama dengan tegas. Aku tersenyum girang melihat sejumlah wang yang banyak di dalam sampul itu. Aku menghidupkan enjin kereta Honda Vios kesayangan aku dan memandu keluar menuju ke Bukit Indah. Lagu-lagu yang diputarkan di Hitz Dot Fm menghiburkan aku di sepanjang perjalanan.

Well, you only need the light when it's burning low.
Only miss the sun when it starts to snow.
Only know you love her when you let her go.

You see her when you close your eyes.
Maybe one day you'll understand why.
Everything you touch surely dies.

Lirik lagu Let Her Go yang di nyanyikan oleh kumpulan Passenger menangkap halwa telingaku. Seakan-akan ada satu suara yang menyingkap maksud sebenar lirik tersebut. Lantas wajah Kaisha muncul kembali ke dalam fikiran aku. Keluhan berat dilepaskan.
Aku melangkah ke pintu masuk Jusco. Segerombolan manusia berkumpul dan berasak-asak di ruang tengah pusat membeli belah yang menempatkan sebuah pentas yang bersaiz sederhana besar. Beberapa orang artis terkenal sedang duduk di sebuah meja di atas pentas. Antaranya ialah Yana Shamsudin, Neelofa, Nabil Ahmad dan Zizan Razak. Terdapat poster "Jelajah Anugerah Bintang Popular" di sekeliling pentas tersebut. Aku menapak ke arah Jco Coffee & Donut. Di satu sudut, Syaf sedang leka bergelak ketawa bersama Kaisha. Aku menghampiri meja yang di duduki mereka. Syaf mendongakkan kepalanya ke arah aku, "Eh bro ! Bila masa pula kau masuk ni?".
"Aiyy seronok sangat sembang dengan Kaisha sampai aku masuk pon kau tak perasan ek."
Perlian aku hanya di sambut dengan senyum sinis Syaf. Aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Kaisha. Aku tidak menoleh mahupun menegur dia. Dia juga hanya membatukan diri di sebelahku. Keadaan menjadi bertambah kekok apabila Syaf pergi ke tandas meninggalkan kami berdua di situ.
Akhirnya Kaisha yang mengalah dan membuka mulut untuk memulakan perbualan.
"Kenapa you diam je dari tadi? Tegur i pon tak. Banyak kali i call you, kenapa tak angkat my call? I ada buat salah ke dekat you Daf? Hm", jelas ada nada sayu di situ.
Serta-merta kedinginan yang menyelubungi hati aku hilang secara mendadak. Aku menjawab soalan Kaisha dengan lembut. Mungkin ini masa yang terbaik untuk aku bercakap secara heart to heart dengannya.
"You know what, since our dinner tempoh hari, i kept thinking bout you. All day, all night. And i don't even know why. I'm wondering, what is that kiss supposed to mean. Syaf told me that you've feeling towards me. Is it true Kaisha? At first, i felt a little bit uncomfortable bila dapat tahu pasal benda ni. But now.... berbeza sangat. I sendiri tak tahu apa yang i rasa. It's.... Ahh i don't know how to explain this.", ujarku secara berterus terang.
Perlahan-lahan Kaisha menarik tangan aku dan menggenggamnya dengan erat. Dia memandang tepat ke arah anak mata aku. "Me too Daf, me too. I felt the same. I pon tak tahu kenapa but there's something bout you yang buat i rasa interested sangat dekat you. Since hari pertama kita berjumpa secara tak sengaja tu. You rasa atas sebab apa i setuju untuk keluar dengan you? I siap benarkan you untuk datang jemput i at my family's house. Mula-mula rasa janggal sangat sebab i sendiri tak pernah involve in this kind of thingy but then things turn out to be great. I mean, our date that night. Truth to be told, i suka you Daf. I guess, i've falling in love with you since that night. That kiss, as a hint actually". Kaisha tersenyum manja. Aku menarik tangannya dan memberikan sebuah kucupan yang lembut. "Give me some time to think. Please?". Dia hanya sekadar mengangguk. Aku dapat melihat senyumannya menjadi kian tawar.
Sekembalinya Syaf ke tempat duduk, aku dan Kaisya berpura-pura seperti tiada apa yang telah berlaku. Selepas puas mencari kasut yang sesuai untuk Syaf, dia memilih untuk membeli sepasang but berjenama Dr Marten. Kebetulan pula ada sales ketika itu. Tuah memihak kepada Syaf. Tepat jam 4 petang, aku keluar daripada tempat yang sesak itu dan memilih untuk menuju ke Taman Merdeka sebagai destinasi seterusnya. Ya, aku memerlukan udara yang nyaman dan ruang untuk menenangkan diri.
Kalih Chapter 2
Tuesday, 18 March 2014 | 08:12 | 0 comments
"Weh, kau tahu tak Kaisha tu syok dekat kau?", kata Syaf sambil menepuk lembut bahuku.
Aku tersentak, "Hah?"
"Aku tahu sangatlah Daf. Cara dia tu obvious sangat dia dah tangkap feeling dekat kau. Kau je yang tak nampak.", sambung Syaf.
"Apa kau merepek ni? Kita baru jumpa dia buat kali pertama semalam. Pe jadah pulak lah dia nak suka dekat aku.".
"Tapi betul weh, aku confirm dia berminat dengan kau ! Trust me bro."
Syaf kelihatan bersungguh-sungguh hendak meyakinkan aku bahawa Kaisha menaruh perasaan terhadap aku. Unbelievable, tu saja yang mampu aku katakan ketika ini. Minuman Strawberry Frap terasa kelat di tekak ku di saat ini. Ahh, barangkali kalau aku telan gula sebaldi juga tetap akan rasa kelat. Mana taknya, Syaf berusaha memujuk aku supaya mengajak Kaisha untuk keluar bersama. Mahu saja aku menolak mentah-mentah tapi tak sampai hati pula nak kecewakan permintaan sahabat baik aku tu. Sekeping kertas yang tertulis beberapa digit di atasnya dihulurkan ke arah aku. "Take this. Call her.", arah Syaf. Aikk dari mana pulak minah ni dapat nombor telefon Kaisha?
Aku termenung sendirian di dalam bilik. Kata-kata Syaf petang tadi terngiang-ngiang tanpa henti di fikiranku. Aku mengeluh. Kusut ! Aku merenung sepuluh digit yang tertera di skrin telefon bimbitku. Selepas hampir 15 minit berfikir, aku akhirnya menekan punat hijau di skrin telefon. Panggilan aku disambut dengan suara halus milik Kaisha Nerina, "Hello? Who's speaking?". "Daf. Eh i mean, ni Daf. I got your number from Syaf. Sorry lah kalau saya ganggu awak malam malam buta ni". Ahh awkward !!! Nada suaranya secara tiba-tiba berubah. Kedengaran lebih ceria berbanding tadi. "Eh hye daf ! Tak, awak tak ganggu saya pon. I'm glad you call me right now. Saya bosan", keluhnya. Aku tergelak. "Kaisha, actually saya call ni sebab nak ajak awak pergi dinner esok malam. Awak sudi tak nak dinner dengan saya?". Senyap. Tiada jawapan dari dia. Eh pehal takde respon pulak ni? "Awak? Do you hear me? Hello?". "Eh yes Daf. Saya dengar. Maaf, saya terkejut tadi. Yes of course saya sudi. I would love to !", jawabnya keriangan. Senyuman di ukir. "Okay so i'll fetch you at 8 o'clock. Text me your address eh".
Tepat jam 8 malam, aku tiba di perkarangan rumahnya di Bukit Indah. Jelas kelihatan sebuah rumah banglo dua tingkat tersergam indah di hadapanku. Sebuah kereta Porsche 918 Spyder dan Jaguar XJ di parking di perkarangan banglo itu. Ada lagi sebuah kereta di bahagian tepi rumah namun aku tidak dapat melihat dengan jelas model kereta tersebut. Timbul rasa kagum di dalam diri aku. Secara tiba-tiba, seorang perempuan muncul dan mengetuk tingkap di bahagian tempat duduk penumpang. Aku tersentak. Dengan pantas aku membuka lock pintu keretaku. "Hye. Lama ke awak tunggu saya?", sapa perempuan itu dengan lembut. Aku menggelengkan kepala. "Sorry if i'm being rude but is it true yang depan saya ni rumah awak?", soalku. Kaisha ketawa kecil, "What if i say yes? Terkejut ke?".
"Of course lah. Gaya awak simple sangat-sangat. Saya tak sangka awak ni anak orang berada".
"Buat apa saya nak pakai mewah-mewah. Yang kaya tu my parents, bukannya saya. Kenapa? Buruk sangat ke style saya ni? Haha"
Aku memerhatikan gaya pemakaiannya dari rambut sehingga ke kaki. Dress berwarna merah dipadankan bersama kasut tumit tinggi berjenama Louis Vuitton. Dress merah itu berjaya menyerlahkan kulitnya yang putih kemerah-merahan.
"Simple but nice. Your style really suits your personality and your body. I love it."
Kaisha tersenyum sipu mendengar pujian dari aku.
Makan malam kami berakhir dengan sempurna. Selepas makan, aku membawa si dia ke Pantai Lido untuk menghirup udara segar di tepi laut. Kami galak bergurau senda dan berbual-bual di samping saling mengenali antara satu sama lain. Semuanya berjalan lebih baik daripada yang aku sangka. Aku segera menghantar Kaisha pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Sebelum turun dari kereta, dia menghadiahkan kucupan ringkas di pipiku serta mengucapkan terima kasih kerana telah sudi membawanya keluar untuk berjanji temu. Jantungku berdegup kencang. Setelah pintu gate rumahnya di tutup, aku menekan pedal minyak dan memecut keluar daripada kawasan perumahan Kaisha. Aku dapat merasakan suatu perasaan yang ganjil di dalam hati aku. Aku tak dapat nak tafsir apa sebenarnya perasaan tu. Yang pastinya, itu baru pertama kali aku rasa begitu. Bahagia. 
Sebelum balik ke rumah, aku singgah di restoran kepunyaan keluarga Syaf. Aku tahu malam-malam begini kebiasaannya Syaf akan ada di situ untuk menyelia pekerja-pekerja ayahnya. Aku menceritakan setiap detik bersama Kaisha kepada Syaf. Termasuk mengenai kucupan secara mengejut tu. Dia sahabat baik aku. Mana mungkin aku akan merahsiakan sesuatu daripada Syaf.
"Bro, ni dah memang confirm lah dia ada perasaan dekat kau. Kau pula macam mana? Ada rasa yang sama ke tak?", soal Syaf seraya mengenyitkan matanya.
Aku tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk soalan Syaf itu tadi. Sebab aku sendiri masih bingung. Pendirian aku selama ini yang menolak hubungan sesama jenis seakan-akan mulai goyah. Satu demi satu babak ketika makan malam bersama Kaisha muncul seperti tayangan percuma di dalam bahagian otak yang disebut secara saintifiknya sebagai Hippocampus. Senyumannya, gelak tawanya betul-betul mengusik jiwa aku. Aku mengeluh panjang. Apa maksud semua ni?

Older Post | Newer Post
Bonjour Fellas
748280_zpsfdf2b40c
Photobucket
Feel free to explore my ordinary diary

Wishes
Welcome to SuperEyin diary. You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
iphone 5s
stable girlfriend
instax mini
macbook pro
goPro hero 4
nike airmax
black and white Mini Cooper Cabrio
Twitter : HeyItsChrist
Facebook : Eyin Chance / Afiqah Hussein
Instagram : EyxnSykes
WeChat ID : EyinSykes



Melody